Wednesday, January 22, 2014

IPO Baru: SCH Group Bhd


Sejarah dan Perniagaan Syarikat


Kumpulan syarikat ini menyediakan pelbagai produk berasaskan sektor kuari iaitu produk industri kuari, mesin-mesin kuari, peralatan kuari dan juga alat ganti. Syarikat secara am nya menyediakan perkhidmatan membekal dan mengedarkan barangan-barangan berasaskan industri kuari di Malaysia dan juga Asia tenggara. Pada masa ini, syarikat membekalkan produk kepada lebih 500 pelanggan domestik selain membekal kepada pelanggan di negara seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Myanmar dan juga Kemboja.

Butiran-butiran IPO

A. Ringkasan IPO

Terbitan awam sebanyak 90,692,000 saham baru (RM0.10 harga par) akan dibahagikan seperti berikut:-
  • 13,000,000 saham baru kepada warganegara awam Malaysia
  • 13,000,000 saham baru kepada Director, Pekerja dan Perniagaan atau perseorangan yang berkait dengan kejayaan syarikat dan anak-anak syarikat
  • 19,662,000 saham baru dengan cara tawaran persendirian (Private placement) kepada pelabur terpilih.
  • 45,030,000 saham baru dengan cara tawaran MITI.
Serta,

  • Tawaran untuk jual 32,980,000 syer dengan cara tawaran kepada pelabur terpilih.
Harga saham adalah RM0.23 sesaham.


B. Tarikh-tarikh penting

Perkara
Tarikh
Pembukaan tawaran IPO
21 Jan 2014
Penutupan tawaran IPO
27 Jan 2014
Cabutan undi
29 Jan 2014
Penyerahan syer kepada yang berjaya
7 Feb 2014
Penyenaraian
13 Feb 2014

C. Lembaga Pengarah Syarikat

Nama
Jawatan
Chan Wan Choon
Independent Non-Executive Chairman
Lau Mong Ling
Managing Director & Deputy Chairman
Wong Sin Chin
Executive Director
Yeen Yoon  Hin
Executive Director
Gan Khong Aik
Independent Non-Executive Director
Sim Yee Fuan
Independent Non-Executive Director
Rahimi Bin Ramli
Independent Non-Executive Director

D. Informasi Kewangan

Date
31 Ogos 2012 (RM’000)
31 Ogos 2013 (RM’000)
Revenue
54,240
61,251
Net Profit
7,475
7,662
EPS
2.32
2.38

E. Polisi Dividend

Syarikat tidak mempunyai formal polisi dividend. Pengisytiharan dan pembayaran dividend akan dilakukan setelah mendapat persetujuan Lembaga syarikat dan pemegang saham.

Sebagai syarikat pegangan pelaburan, keupayaan syarikat membayar dividend adalah bergantung kepada penerimaan dividend dan lain-lain pendapatan yang diterima dari anak-anak syarikat.

F. Pembahagian Penggunaan Dana dari IPO

Penggunaan Dana
Jangka masa
RM’000
%
Penambahan modal untuk pembinaan kemudahan fasiliti baharu
36 bulan
10,000
47.94
Modal kerja am
12 bulan
8,859
42.47
Kos penyenarian
1 bulan
2,000
9.59
TOTAL

20,859
100.00

G. Prospek dan Plan Hadapan syarikat

a. Meningkatkan pegangan pasaran domestik dan serantau.
b. Mempelbagaikan tawaran servis kepada pelanggan
c. Menambah bilangan tenaga mahir
d. Mewujudkan showroom dan servise center untuk produk mesin dan peralatan kuari.

H. Faktor Risiko

a. Kebergantungan terhadap industri kuari.
b. Kebergantungan terhadap pengurusan dan tenaga kerja yang berpengalaman.
c. Perjanjian pengedaran bukan ekslusif oleh Prinsipal
d. Perubahan tukaran wang asing 
e. Risiko kredit dari pelanggan
f. Risiko terhadap liabiliti produk dan warranty.
g. Kebergantungan dengan sumber imports.
h. Gangguan penghantaran produk (Shipping)
i. Kebergantungan kepada pembekal utama, rakan kongsi dan prinsipal.

Komen: Pada pandangan saya, IPO ini sesuai untuk short term investment kerana syarikat tidak mempunyai polisi dividend yang menarik serta penggunaan dana IPO banyak digunakan untuk pengurusan operasi syarikat dan bukan untuk melebarkan perniagaan mereka. Jangkaan harga semasa pembukaan adalah RM0.25-RM0.30.