Thursday, May 31, 2012

Tips-Tips LULUS Permohonan Miti

Pada entry yang lepas saya ada terangkan cara-cara memohon saham IPO melalui MITI, dan pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tip-tip untuk berjaya di dalam permohonan. Alhamdulillah, semakin ramai Bumiputera mula sedar peluang mereka memohon melalui MITI, tapi masih ramai juga yang gagal dalam permohonan mereka walaupun telah banyak kali mencuba. 

Pada tengahari tadi, result saham Felda telah keluar dan alhamdulillah 5 dari 10 orang client saya berjaya didalam permohonan mereka, dan sebelum ini result Gas Malaysia juga memberangsangkan, dimana 4 dari 6 client saya berjaya memohon. Apa yang menyebabkan mereka ini berjaya? Adakah mereka menggunakan "kabel" dalam? Adakah orang kaya sahaja senang lulus? hehehe...  jawapannya mudah sahaja. Mereka semua ikut tips-tips yang saya berikan dan juga teliti ketika proses permohonan. Ok. Dalam entry kali ini saya akan bantu anda semua untuk tingkatkan peluang anda untuk berjaya memohon dengan MITI.


Tip Pertama

Kewangan anda kukuh. Perkara utama yang MITI titik beratkan adalah kemampuan kewangan anda untuk membayar saham yang dipohon. Nasihat saya adalah, ketika memohon cuba sertakan sebanyak mungkin bukti kemampuan kewangan anda. Termasuklah saving, current account, ASB, ASN dan Tabung Haji. Jika boleh sertakan semua salinan bukti tersebut kepada pihak MITI. 

Tip Kedua

Tentukan jumlah saham. Kebiasaannya jumlah yang kita terima tidak akan sama dengan jumlah yang dipohon. Ini kerana, saham-saham yang berpotensi selalunya "over subscribe". Tetapi anda pula jangan ter"over" memohon. Ini kerana, jika permohonan anda diluar kemampuan kewangan anda, pihak MITI selalunya akan reject terus permohonan anda. Oleh itu saya galakkan anda memohon mengikut kemampuan kewangan anda. Sebagai contoh, jika saving anda berjumlah RM100,000 saya nasihatkan anda memohon tidak lebih dari 80% jumlah saving anda tersebut. Iaitu anggaran RM80k kebawah. 

Tip Ketiga

Penyediaan Dokumen. Untuk permohonan individu, anda dikehendaki menyediakan beberapa dokumen tambahan dan sokongan, seperti salinan kad pengenalan, salinan CDS akaun, penyata bank, ASB, Tabung Haji dan juga surat sokongan pembiayaan. Kesemua dokumen ini perlu disahkan (CTC) oleh pegawai-pegawai yang terlibat. Sebagai contoh, penyata bank, salinan buku ASB dan Tabung Haji perlu mendapat cop pengesahan dari pihak bank masing-masing beserta dengan cop nama pegawai dan nombor staf yang mengesahkan dokumen anda. Perkara ini adalah wajib dilakukan. Kebanyakan permohon terlepas pandang dan hanya mendapatkan cop bank sahaja.

Tip Keempat

Penyerahan Dokumen. Setelah semua dokumen siap diisi dan diperiksa, langkah seterusnya adalah proses penghantaran dokumen ke pejabat MITI di Putrajaya. Anda boleh menghantar secara by hand ataupun secara kurier. Saya galakkan anda menghantar secara by hand. Ini kerana anda sendiri yang memastikan dokumen tersebut selamat diterima oleh pihak MITI. Jika anda diluar Selangor dan KL, anda boleh meminta bantuan dealer/ remisier anda untuk hantarkan borang tersebut. Untuk client-client saya, saya sendiri akan hantarkan ke Putrajaya. Ini sebagai langkah keselamatan supaya borng-borang selamat dihantar sebelum pukul 5 hari terakhir permohonan.

Tip Kelima

Doa dan Tawakal. Perkara akhir sekali dan yang paling penting yang anda perlu buat adalah berdoa dan tawakal. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Jika sudah tertulis itu adalah rezeki kita, so insyaAllah anda akan dapat. Jika tidak, jangan mengalah, mungkin belum rezeki lagi. Yang penting anda mencuba lagi dan jangan berputus asa.

Contoh client saya yang dapat maksimum permohonan individu untuk IPO Felda :



Monday, May 28, 2012

Apa Itu CDS Akaun?


Seringkali kita dengar bila nak mula melabur pertama sekali yang orang akan cakap "dah buka akaun cds ke?". Ok.. Disini saya nak kongsikan sedikit pengetahuan saya dengan anda semua berkaitan CDS akaun. Apa itu CDS Akaun? Nama penuh CDS akaun adalah Central Depository System. Fungsi CDS akaun ini sama macam kita buka akaun simpanan. Segala transaksi jual beli saham akan direkodkan dan disimpan di dalam akaun ini. 


Siapa Yang Layak Untuk Buka Akaun CDS.

a. Individu yang berumur 18 tahun keatas dari tarikh permohonan.

b. Syarikat yang terkandung dibawah Akta Syarikat 1965.

c. Mana-mana badan korporat yang diperbadankan di dalam Malaysia.

d. Persatuan koperasi dibawah mana-mana undang-undang bertulis.

e. Mana-mana persatuan yang ditubuhkan dibawah Akta Persatuan 1996.

f. Badan-badan berkanun yang diperbadankan dibawah Akta Parlimen


Dimana Nak Buka Akaun CDS?
Anda boleh buka CDS akaun dengan mana-mana agen yang berdaftar. Buat masa sekarang, kesemua stockbroking firm dan investment bank adalah agen yang berdaftar dengan Bursa Malaysia. Anda boleh buka lebih dari satu CDS akaun, tetapi mestilah dari lain-lain stockbroking. Sebagai contoh, anda boleh buka CDS bersama OSK Investment Bank dan Maybank Investment Bank pada masa yang sama. Tapi anda tidak digalakkan untuk membuka terlalu banyak CDS akaun kerana dikhuatiri anda akan keliru dalam urusan jual beli saham di kemudian hari.


Apa Yang Anda Perlukan Untuk Buka CDS Akaun?

Anda cuma perlu pergi ke stockbroking firm atau investment bank yang berdaftar, Sila klik sini untuk senarai Investment Bank di Malaysia. Disamping itu anda dikehendaki juga membawa:

a. RM10 sebagai yuran pembukaan akaun.

b. Satu salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)

c. Satu salinan bank statement.


Contoh Borang Permohonan


p/s: Jika anda berminat untuk membuka CDS akaun dan masih belum mempunyai dealer / remisier yang dapat membantu, anda boleh hubungi saya untuk urusan tersebut. Anda boleh datang terus ke pejabat saya atau buat temujanji dengan saya pada bila-bila masa.

IPO Gas Malaysia Berhad



Gas Malaysia Berhad merupakan salah satu diantara dua syarikat di Malaysia yang diberikan lesen untuk mengedar gas asli dan gas cecair petroleum (LPG) di semenanjung Malaysia. Antara aktiviti utama syarikat adalah menjual,memasar dan mengedarkan gas asli kepada pengguna. Untuk meluaskan lagi perniagaan mereka, pihak pengurusan telah menyenaraikan syarikat ini di pasaran utama Bursa Malaysia. Dijangka tarikh pengapungan saham ini adalah pada 11 Jun nanti. Dengan harga IPO  yang ditawarkan, iaitu RM2.20 sesaham, modal pasaran syarikat akan bertambah kepada RM2.82bn. 

Pada bulan Febuari lepas, GMB telah menandatangani kontrak kerjasama dengan Petronas. Di dalam kontrak tersebut, Petronas bersetuju untuk menambah bekalan gas kepada GMB dari 328juta kaki padu sehari kepada 442 juta kaki padu sehari pada tahun 2013 dan 492 juta kaki padu pada tahun 2015 dan keatas. Kontrak baru ini dilihat memberi kelebihan kepada GMB untuk memperluaskan lagi pasaran mereka. Didalam perjanjian baru ini juga GMB dan Petronas bersetuju bahawa pelanggan yang menggunakan gas 2 kaki padu kebawah akan dberikan kepada GMB manakala pelanggan seperti TNB yang menggunakan lebih dari 2 kaki padu akan diambil oleh Petronas Gas.


Gas Malaysia's shareholding structure Post-IPO



Pendapatan dari penjualan dan pengedaran untuk Gas Malaysia Berhad dijangka akan meningkat bagi setiap tahun hasil dari perjanjian yang ditandatangani bersama Petronas. Pertambahan bekalan gas mentah akan membuka peluang kepada GMB untuk  meluaskan lagi pasaran mereka. Selain itu, permintaan terhadap gas juga meningkat hasil daripada langkah kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dengan memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Dibawah program ini, banyak projek-projek mega akan dibangunkan. Secara tidak langsung ia akan menyumbang kepada permintaan gas yang berterusan sebagai alternatif untuk menjana sumber tenaga. 

 

Wednesday, May 23, 2012

Debat PTPTN Diantara YB Khairi Dan Rafizi

Debat PTPTN telah selesai diadakan sebentar tadi. Tahniah kepada Sinar Harian, Astro dan juga Bernama kerana berjaya mengadakan sesi debat ini. Penuh dengan penjelasan dan juga informasi-informasi yang telus dan tulus tanpa suntingan. Ini lah baru dinamakan kebebasan media dalam menyampaikan informasi kepada Rakyat. Kepada yg tidak berkesempatan boleh menonton rakaman video debat ini. Gunakanlah akal fikiran yang waras untuk menilai hujah-hujah kedua-dua pendebat ini. Sekali lagi tahniah kepada pihak penganjur.

Pusingan pertama:

Click untuk video

Pusingan Kedua:



Pusingan Ketiga:


Tak sabar rasanya untuk lihat debat terbuka antara PM kita dengan YB Dato Sri Anwar Ibrahim. Apa-apa pun gunakanlah akal yang waras untuk menilai baik buruk sesuatu perkara itu.. Peace!!!.... :)

Friday, May 18, 2012

Kenapa Pilih Saham IPO?


Apa itu saham IPO.

IPO (Initial Public Offering) atau dikenali sebagai Terbitan Saham Awam adalah saham baru yang dikeluarkan oleh syarikat untuk mendapatkan modal tambahan  dari pelabur awam. 

Antara kelebihan saham IPO adalah permintaan yang tinggi sebelum dan semasa saham diterbitkan. Permintaan yg tinggi akan meningkatkan harga saham pada hari pertama saham diterbitkan. Maksimum kenaikan harga saham baru adalah 400% berbanding saham sedia ada iaitu 30% sahaja. Selain itu, belian saham IPO juga adalah secara terus dari syarikat dan harga saham telah ditetapkan berbeza dengan belian saham di secondary market, iaitu anda membeli berdasarkan harga tawaran dan permintaan dari pelabur awam. 

Contoh-contoh saham IPO yang diterbitkan pada tahun lepas:


Kebanyakan saham IPO akan naik pada hari pertama didagangkan di bursa saham. 
Credit: Gambar diambil dari Group Sembang Saham Bumiputera.

Wednesday, May 16, 2012

Resepi Waffle

Seperti yang dijanjikan pada post yang lepas, di entry kali ini saya ingin kongsikan resepi waffle saya kepada anda semua.

Selamat mencuba. :)

 Bahan A:


1. 500g Tepung gandum (Blue key)
2. 200g Tepung susu
3. 120g Tepung jagung
4.   90g Tepung beras
* campurkan kesemua bahan A didalam satu bekas.

Bahan B:


1. 100g Buttercup
2.   10g Baking powder
3.   60g Gula kasar
4. 3 sudu teh garam kasar
5. 4 biji kuning telur
6. 2 biji putih telur (pukul sehingga jadi buih)
7. 2 sudu teh asin vanila.
8. 900 ml - 1.2 L Air sejuk (ikut kepekatan)

Cara-cara penyediaan:


Pukul buttercup sehingga kembang, kemudian masukkan kuning telur, gula dan garam. Pukul sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit bahan A beserta air sejuk. Masukkan baking powder dam asin vanilla. Pukul sehingga sebati. Last sekali, masukkan buih putih telur dan pukul dalam 5 minit lagi.


Panaskan waffle baker pada suhu 250 darjah, Sapukan sedikit planta pada iron. Setelah lampu padam, tuangkan adunan sehingga menutupi permukaan waffle iron. Tutup dan masak selama 3 minit.

Hidangkan bersama topping kegemaran anda..


Pengalaman Berniaga (Siswa Bistari UiTM)

Untuk entry kali ini, saya ingin bersantai sedikit.. hehehe.. So, saya akan berkongsi minat saya dengan anda semua. Minat saya adalah berniaga, ketika dibangku sekolah lagi saya telah belajar berniaga dengan menyertai Persatuan Usahawan Sekolah. Minat saya semakin meningkat ketika kali pertama  menerima bayaran gaji dari pihak persatuan. Bermula dari detik itu, saya menanam semangat untuk menjadi usahawan berjaya di Malaysia. 

Ketika menuntut di UiTM Shah Alam, pihak fakulti dengan kerjasama JCorp telah menawarkan satu program tambahan untuk pelajar yang mempunyai minat dan cenderung dalam bidang perniagaan. Saya masih teringat ketika hendak keluar dari kereta, mata ini terpandang satu kain rentang yang begitu menarik minat saya. Satu program yang betul-betul membuatkan hati ini meronta-ronta untuk menyertainya. Saya khabarkan berita ini kepada rakan-rakan sebaya tetapi respon yang diterima hanya "ooo.. xpela.. ko join la.. ak support dari belakang je". hurm..

Disebabkan minat yang terlalu mendalam dalam bidang perniagaan ini, saya mendaftarkan diri juga tanpa penyertaan rakan-rakan baik yang lain. Ketika dipaanggil untuk perjumpaan sulung persatuan, saya melihat rupanya masih ramai juga yang mempunyai minat seperti saya. Kami dibahagi kepada 5 kumpulan. Didalam perjumpaan pertama itu kami diminta untuk memilih bidang perniagaan yang ingin dijalankan. Kumpulan kami memilih konsep mini Cafe sebagai perniagaan utama. Saya telah dilantik menjadi CEO bagi syarikat kami yang didaftarkan di bawah nama Green Apple Sdn Bhd. Modal permulaan kami adalah sebanyak RM1000.00 iaitu RM100 untuk setiap rakan kongsi.

Berniaga dan dalam masa yang sama sebagai pelajar memang mencabar kesabaran. Ini kerana, kami yang bertanggungjawab untuk menguruskan perniagaan. Tidak dibenarkan untuk menggaji orang luar untuk menjaga kedai. So, setiap rakan kongsi akan bergilir-gilir menjaga kedai jika pada masa itu mempunyai gaps kuliah. Sebagai pengurus syarikat, saya perlu memastikan segala bahan mentah dan juga produk yang ingin dijual tiba di kampus sebelum pukul 7.30 pagi. Oleh itu, saya mesti korbankan masa saya dan seawal pukul 5.30 pagi saya telah bersiap menunggu supplier manghantar barang dirumah. Saya juga rasa terharu terhadap semangat yang ditunjukkan oleh keluarga saya. Tanpa sokongan mereka, mungkin saya sudah berputus asa. Kerana tekanan pelajaran dan juga kekurangan masa untuk mengulangkaji pelajaran yang dihadapi. Semangat yang diberikan oleh keluarga membuatkan saya semakin kuat untuk meneruskan perniagaan ini. Kata orang "jangan berhenti ditengah jalan".

Bagi saya, rancangan perniagaan yang kuat dan bagus akan menentukan hala tuju sesuatu perniagaan itu. Alhamdulillah, kerana mempunyai rakan-rakan kongsi yang memahami dan mengambil berat tugas masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab. Kerana itu, segala rancangan perniagaan yang dirancang berjalan mengikut draft yang ditetapkan. 

Apa yang membanggakan kami semua adalah kami berjaya graduate dalam masa yang ditetapkan serta perniagaan kami juga membuahkan hasil yang tidak kami duga. Setelah akaun diaudit, jumlah akhir tunai kami bagi semester akhir perniagaan telah mencecah RM20k. bagi saya "Kesabaran membuahkan kegembiraan, ketekunan membuahkan kejayaan".

Pada entry akan datang, saya akan kongsikan resepi Waffle (produk paling laris) kami pada anda semua yang minat berniaga.. tungguuuu..... :)

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melabur Di Bursa Saham (Part 2)

Ok. Di entry lepas kita telah kenal pasti risiko yang kita sanggup hadapi dan juga telah memilih stockbroking ataupun investment bank sebagai platform untuk kita memulakan pelaburan di BSKL. Untuk entry kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua tips-tips pelaburan dari seorang pelabur yang juga merupakan top 5 individu terkaya didunia iaitu "Warren Buffet".


Melabur Cara Warren Buffet


Warren Buffet berpegang dengan 2 rules sahaja untuk menjadikan dia sebagai tokoh pelabur terkemuka.

Rule #1: Never lose money. Rule No.2: Never forget rule No.1.'Value investing

Menurut warren, perkara basic yang perlu pelabur tahu adalah masa yang sesuai untuk membeli syer, iaitu ketika harga syer rendah dari harga sebenar (Fair Value). 

Oleh itu, beliau menggariskan beberapa panduan yang beliau ikuti. Antaranya:


1. Kekuatan Keuntungan Syarikat


Jika perniagaan berjaya, syer juga akan menunjukkan tanda positif. Untuk menganalisis kewangan syarikat, Buffet melihat pada ROE dan juga ROI syarikat. Untuk ROE, Buffet akan memilih syarikat yang mempunyai peratus lebih daripada 15%. Selain itu beliau juga melihat pada margin keuntungan syarikat. Semakin bagus peratusan ratio semakin bagus prestasi syarikat.


2. Tidak Terlalu Banyak Berhutang

Untuk mengembangkan perniagaan, perlukan banyak modal pusingan. Tetapi jika terlalu banyak hutang akan mengakibatkan syarikat kurang liquidity nya. Untuk itu, Buffet menggunakan ROI untuk mengukur tahap kebergantungan hutang syarikat untuk memajukan perniagaan mereka.

3. Memahami Perniagaan Syarikat

Kebanyakan risiko bermula kerana pelabur tidak tahu latar belakang syarikat serta perniagaan yang syarikat jalankan. Mereka labur secara membuta tuli, kerana terikut nasihat dealer/remiser masing-masing ataupun pengaruh kawan-kawan. Perkara ini sangat penting untuk diambil kira, kerana sebelum melabur kita kena tahu kedudukan syarikat serta potensi sebenar syarikat. Jika perkara ini di abaikan, tidak mustahil anda akan tersalah memilih syer seperti syarikat mempunyai masalah kewangan, direman oleh pihak Bursa Malaysia ataupun syarikat mungkit dikeluarkan dari senarai BSKL.

4. Kekuatan Pengurusan Syarikat

Buffet menitik beratkan kumpulan yang menguruskan syarikat. Kumpulan ini penting kerana meereka yang akan mencorakkan perjalanan syarikat sepanjang tahun. Pengurusan syarikat yang effisen akan memastikan perjalanan syarikat lancar dan segala apa yang dirancang akan berjalan mengikut time frame yang disediakan.

5. Melabur Dalam Tempoh Panjang

Salah satu teknik Buffet adalah memegang saham untuk tempoh yang panjang. Kebiasaannya Buffet akan memegang sesuatu saham dalam tempoh 5 tahun dan keatas. Buffet akan membeli saham ketika harga jatuh ( ketika recession  time) dan menjualnya ketika saham tersebut melambung naik.

Friday, May 11, 2012

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melabur Di Bursa Saham

Ramai orang ingin melabur, tetapi kurang pendedahan dan pengalaman untuk menguruskan asset mereka. Disebabkan takut asset berkurangan maka mereka melupakan terus hasrat ini. Sebenarnya teknik pelaburan yang betul boleh meningkatkan harta anda berlipat kali ganda. Jom kita kongsi tips-tips pelaburan ekuiti di Bursa Malaysia.

Tetapkan Tahap Risiko Anda


Kenali tahap risiko anda, sama ada anda Risk Taker, Risk Tolerance ataupun Risk Averse

  • Jika anda seorang yang sukakan risiko (risk taker) anda boleh melabur di bawah penny stock (saham kecil), penny stock mempunyai volatiliti yang tinggi kerana kebanyakan pelabur memilih saham ini disebabkan harga yang rendah dan mempunyai volume traded yang tinggi. 
  • Bagi pelabur yang sanggup menerima risiko yang kecil (risk tolerance), mereka lebih gemar menunggu berita atau report yang bagus dan meneliti pros & cons sebelum melabur didalam sesuatu saham. Kebiasaannya pelabur memilih growth stock sebagai platform mereka.
  • Last skali, pelabur yang takutkan risiko (risk averse). Kebanyakan mereka ini baru bermula untuk melabur. So, untuk golongan ini disyorkan memilih stock yang stabil seperti dividen stock. Kebanyakan dividen stock telah lama beroperasi dan sangat kukuh dalam bidang masing-masing.


Pemilihan Stockbroking Firm/ Investment bank


Setelah anda bersedia untuk mula melabur di BSKL, langkah seterusnya adalah membuka CDS dan trading akaun di mana-mana stockbroking ataupun investment bank berdekatan anda. Dibawah ini adalah senarai yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.



Saya akan terangkan cara-cara membuka CDS akaun dan tips-tips lain di entry berikutnya. Tungguuuu..... :)




Thursday, May 10, 2012

Memohon Saham Melalui Miti

Masih ramai bumiputera tidak tahu bahawa mereka mempunyai kelebihan untuk mendapatkan saham IPO melalui tawaran yang dikelolakan oleh MITI. Peluang untuk mendapatkan saham baru IPO adalah lebih cerah jika kita memohon melalui MITI berbanding melalui tawaran awam (white form) biasa. Ini kerana, setiap tawaran saham baru, 30% pegangan saham mestilah dimiliki oleh bumiputera. Dan MITI adalah salah satu badan yang bertanggungjawab untuk memenuhkan kuota ini.

So, disini saya nak berkongsi cara-cara untuk memohon saham IPO melalui Miti. Saya gunakan permohonan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) sebagai contoh.


Langkah-langkah permohonan untuk individu:


1. Lawati laman web MITI


2. Lihat disebelah kanan portal, dibawah bahagian Online Application, klik pada Bumiputera Shares


3. Klik pada Maklumat Saham. Beberapa saham akan ditawarkan dalam masa yang sama. Sila pastikan saham   yang ingin anda beli. Kemudian klik pada nama saham tersebut.






4. Selepas klik Felda Global, akan keluar maklumat saham tersebut, scroll kebawah dan klik pada Permohonan Individu.

5. Isikan semua maklumat dengan betul dan tekan butang hantar. Jika masih belum mempunyai CDS Account No, boleh hubungi saya untuk perkhidmatan ini (CDS dari OSK Investment Bank Berhad). Yuran pembukaan akaun adalah sebanyak RM10 sahaja. Pembukaan akaun baru memakan masa satu hari.






6. Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan teliti kerana setelah menekan butang Hantar, anda tidak dapat membuat sebarang pembetulan. Lampiran seperti dibawah akan muncul bila permohonan anda berjaya diproses.






7. Akhir sekali, tekan butang cetak. Dokumen yang siap dicetak perlulah dilampirkan bersama dokumen-dokumen tambahan seperti dibawah:


  • Salinan penyata bank 3 bulan terkini (transaksi beserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) beserta cop bank 
  • Salinan penyata buku ASB/ASN/ASD/ASW atau Tabung Haji yang mempunyai muka hadapan (maklumat pelabur) dan 3 mukasurat terakhir bertransaksi yang disahkan oleh pegawai bank/institusi berkaitan (nama & nombor staf) berserta tarikh dan cop bank/institusi berkaitan 
  • Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada) 
  • Salinan Kad Pengenalan /Surat Pengesahan Status Bumiputera yang jelas 
  • Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) * boleh dapatkan dari investment bank anda. 
Setelah semua dokumen lengkap, anda bolehlah poskan atau hantar sendiri ke Pejabat Miti di alamat:


Pengarah,
Seksyen Pembangunan Perniagaan Bumiputera , Aras 7,
Blok Menara, No.18, Persiaran Perdana, Persint 2, 62652 Putrajaya.

p/s: Untuk yg menggunakan perkhidmatan OSK Investment Bank, anda boleh berhubung dengan dealer's masing-masing. Kebiasaannya dealer akan uruskan semua urusan dari pembukaan CDS hingga penghantaran borang permohonan ke MITI secara percuma.