Thursday, May 31, 2012

Tips-Tips LULUS Permohonan Miti

Pada entry yang lepas saya ada terangkan cara-cara memohon saham IPO melalui MITI, dan pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tip-tip untuk berjaya di dalam permohonan. Alhamdulillah, semakin ramai Bumiputera mula sedar peluang mereka memohon melalui MITI, tapi masih ramai juga yang gagal dalam permohonan mereka walaupun telah banyak kali mencuba. 

Pada tengahari tadi, result saham Felda telah keluar dan alhamdulillah 5 dari 10 orang client saya berjaya didalam permohonan mereka, dan sebelum ini result Gas Malaysia juga memberangsangkan, dimana 4 dari 6 client saya berjaya memohon. Apa yang menyebabkan mereka ini berjaya? Adakah mereka menggunakan "kabel" dalam? Adakah orang kaya sahaja senang lulus? hehehe...  jawapannya mudah sahaja. Mereka semua ikut tips-tips yang saya berikan dan juga teliti ketika proses permohonan. Ok. Dalam entry kali ini saya akan bantu anda semua untuk tingkatkan peluang anda untuk berjaya memohon dengan MITI.


Tip Pertama

Kewangan anda kukuh. Perkara utama yang MITI titik beratkan adalah kemampuan kewangan anda untuk membayar saham yang dipohon. Nasihat saya adalah, ketika memohon cuba sertakan sebanyak mungkin bukti kemampuan kewangan anda. Termasuklah saving, current account, ASB, ASN dan Tabung Haji. Jika boleh sertakan semua salinan bukti tersebut kepada pihak MITI. 

Tip Kedua

Tentukan jumlah saham. Kebiasaannya jumlah yang kita terima tidak akan sama dengan jumlah yang dipohon. Ini kerana, saham-saham yang berpotensi selalunya "over subscribe". Tetapi anda pula jangan ter"over" memohon. Ini kerana, jika permohonan anda diluar kemampuan kewangan anda, pihak MITI selalunya akan reject terus permohonan anda. Oleh itu saya galakkan anda memohon mengikut kemampuan kewangan anda. Sebagai contoh, jika saving anda berjumlah RM100,000 saya nasihatkan anda memohon tidak lebih dari 80% jumlah saving anda tersebut. Iaitu anggaran RM80k kebawah. 

Tip Ketiga

Penyediaan Dokumen. Untuk permohonan individu, anda dikehendaki menyediakan beberapa dokumen tambahan dan sokongan, seperti salinan kad pengenalan, salinan CDS akaun, penyata bank, ASB, Tabung Haji dan juga surat sokongan pembiayaan. Kesemua dokumen ini perlu disahkan (CTC) oleh pegawai-pegawai yang terlibat. Sebagai contoh, penyata bank, salinan buku ASB dan Tabung Haji perlu mendapat cop pengesahan dari pihak bank masing-masing beserta dengan cop nama pegawai dan nombor staf yang mengesahkan dokumen anda. Perkara ini adalah wajib dilakukan. Kebanyakan permohon terlepas pandang dan hanya mendapatkan cop bank sahaja.

Tip Keempat

Penyerahan Dokumen. Setelah semua dokumen siap diisi dan diperiksa, langkah seterusnya adalah proses penghantaran dokumen ke pejabat MITI di Putrajaya. Anda boleh menghantar secara by hand ataupun secara kurier. Saya galakkan anda menghantar secara by hand. Ini kerana anda sendiri yang memastikan dokumen tersebut selamat diterima oleh pihak MITI. Jika anda diluar Selangor dan KL, anda boleh meminta bantuan dealer/ remisier anda untuk hantarkan borang tersebut. Untuk client-client saya, saya sendiri akan hantarkan ke Putrajaya. Ini sebagai langkah keselamatan supaya borng-borang selamat dihantar sebelum pukul 5 hari terakhir permohonan.

Tip Kelima

Doa dan Tawakal. Perkara akhir sekali dan yang paling penting yang anda perlu buat adalah berdoa dan tawakal. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Jika sudah tertulis itu adalah rezeki kita, so insyaAllah anda akan dapat. Jika tidak, jangan mengalah, mungkin belum rezeki lagi. Yang penting anda mencuba lagi dan jangan berputus asa.

Contoh client saya yang dapat maksimum permohonan individu untuk IPO Felda :



3 comments: