Masih ramai bumiputera tidak tahu bahawa mereka mempunyai kelebihan untuk mendapatkan saham IPO melalui tawaran yang dikelolakan oleh MITI. Peluang untuk mendapatkan saham baru IPO adalah lebih cerah jika kita memohon melalui MITI berbanding melalui tawaran awam (white form) biasa. Ini kerana, setiap tawaran saham baru, 30% pegangan saham mestilah dimiliki oleh bumiputera. Dan MITI adalah salah satu badan yang bertanggungjawab untuk memenuhkan kuota ini.
So, disini saya nak berkongsi cara-cara untuk memohon saham IPO melalui Miti. Saya gunakan permohonan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) sebagai contoh.Langkah-langkah permohonan untuk individu:
1. Lawati laman web MITI
2. Lihat disebelah kanan portal, dibawah bahagian Online Application, klik pada Bumiputera Shares
3. Klik pada Maklumat Saham. Beberapa saham akan ditawarkan dalam masa yang sama. Sila pastikan saham yang ingin anda beli. Kemudian klik pada nama saham tersebut.
4. Selepas klik Felda Global, akan keluar maklumat saham tersebut, scroll kebawah dan klik pada Permohonan Individu.
5. Isikan semua maklumat dengan betul dan tekan butang hantar. Jika masih belum mempunyai CDS Account No, boleh hubungi saya untuk perkhidmatan ini (CDS dari OSK Investment Bank Berhad). Yuran pembukaan akaun adalah sebanyak RM10 sahaja. Pembukaan akaun baru memakan masa satu hari.
6. Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan teliti kerana setelah menekan butang Hantar, anda tidak dapat membuat sebarang pembetulan. Lampiran seperti dibawah akan muncul bila permohonan anda berjaya diproses.
7. Akhir sekali, tekan butang cetak. Dokumen yang siap dicetak perlulah dilampirkan bersama dokumen-dokumen tambahan seperti dibawah:
- Salinan penyata bank 3 bulan terkini (transaksi beserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) beserta cop bank
- Salinan penyata buku ASB/ASN/ASD/ASW atau Tabung Haji yang mempunyai muka hadapan (maklumat pelabur) dan 3 mukasurat terakhir bertransaksi yang disahkan oleh pegawai bank/institusi berkaitan (nama & nombor staf) berserta tarikh dan cop bank/institusi berkaitan
- Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada)
- Salinan Kad Pengenalan /Surat Pengesahan Status Bumiputera yang jelas
- Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) * boleh dapatkan dari investment bank anda.
Pengarah,
Seksyen Pembangunan Perniagaan Bumiputera , Aras 7,
Blok Menara, No.18, Persiaran Perdana, Persint 2, 62652 Putrajaya.
p/s: Untuk yg menggunakan perkhidmatan OSK Investment Bank, anda boleh berhubung dengan dealer's masing-masing. Kebiasaannya dealer akan uruskan semua urusan dari pembukaan CDS hingga penghantaran borang permohonan ke MITI secara percuma.
Assalam, tumpang tanya sikit ya. Saya baru lepas isi borang untuk IHH.Saya belum sempat cetak borang tu dan simpan. Ada cara lain tak untuk dapatkan balik? Kalau tahu mintak kongsi ya Terima kasih
ReplyDeleteBoleh saya tahu lepas Syahida isi borng tu syahida tekan tak butang hantar. Jika tekan, syahida kena maklumkan kepada pihak MITI. Dan gantikan surat bercetak Miti dgn surat syahida sendiri yg mengandungi maklumat sama seperti pada borang bercetak. Jika perlukan bantuan, syahida boleh hubungi dealer/remiser anda untuk bantuan format surat.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam...saya baru nak menjinakkan diri dalam dunia perlaburan dan entri ini telah membuka pintu bagi saya. Saya masih perlukan banyak tunjuk ajar. Tapi untuk masa sekarang ni saya nak dapatkan akaun CDS dari saudara jika boleh. here's my email. I'll follow your guide. Thanks.
ReplyDeletewsalam. Insyaallah. ni no phone sy 013-4058978. Jika free kita boleh jumpa tuk sign borg cds.
Deleteye. harap2 boleh discuss kelayakan saya utk nak mula bidang ni. sebab sekarang ni still belajar utk phd sambil kerja. tu pun kerja kat uni juga. itulah harap2 layak la.
DeleteInsyaallah layak. syarat kelayakan adalah tidak blacklist dgn mana-mana institusi kewangan dan juga tidak dikenakan tindakan dari pihak Bursa Malaysia. jika ada kelapangan boleh jumpa. Saham IPO terbaru adalah IHH Healthcare. Akan tutup pada 5 Jun nanti.
DeleteEn Shahril Untuk permohonan individu kita perlu hantar semua document ni ke
ReplyDeleteSalinan penyata bank 3 bulan terkini (transaksi beserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) beserta cop bank
Salinan penyata buku ASB/ASN/ASD/ASW atau Tabung Haji yang mempunyai muka hadapan (maklumat pelabur) dan 3 mukasurat terakhir bertransaksi yang disahkan oleh pegawai bank/institusi berkaitan (nama & nombor staf) berserta tarikh dan cop bank/institusi berkaitan
Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada)
ya betul. Jika tidak disertakan, borang dianggap tidak lengkap.
ReplyDeletesaya belum mempunyai CDS Account No..boleh En. Shahril uruskan?
ReplyDelete