Friday, October 9, 2015

KELAS PENGENALAN PASARAN SAHAM (BURSA MALAYSIA)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Kini pasaran saham bukanlah sesuatu yang asing dikalangan orang ramai. Ramai yang sudah mula melibatkan diri dengan pasaran saham dengan tujuan untuk menambahkan pendapatan di kala kos sara hidup yang semakin meningkat yang mana mereka sedar tentang kadar pulangan terhadap pelaburan di pasaran saham.
Berdasar pengalaman saya ramai yang berjaya dan ramai juga yang kecundang ini kerana bila kembali kepada teori asas pelaburan “High Risk High Return” yang mana bila sesuatu pelaburan itu menjanjikan pulangan yang tinggi ini bermakna pelabur juga mesti bersedia untuk menghadapi kerugian yang tinggi. Jadi, bagaimana kita mengawal kadar kerugian itu yang penting kemudian baru keuntungan boleh dijana.
Kami ingin berkongsi ilmu mengenai asas pasaran saham yang mana sering diabaikan oleh pelabur-pelabur yang mana pelabur-pelabur tidak sedar tentang kepentingan ilmu tentang asas pasaran saham. Seminar ini akan berlansung selama dua hari di mana pelabur-pelabur dan bakal-bakal pelabur insyaallah akan beroleh asas yang kuat untuk melabur di pasaran saham dan dapat mengelakkan “silly mistake” yang mana menjadi punca kepada kerugian yang BESAR.


Berikut adalah perincian tentang seminar ini:

Tajuk : KELAS ASAS PELABURAN PASARAN SAHAM (BAHAGIAN 1)
Tarikh : 17 OKTOBER 2015
Masa : 8.30 a.m. – 5.00 p.m.
Tempat : Batu Caves
Yuran : RM220 (1 orang)
RM380 (2 orang)
Jumlah peserta: 30 max
* sarapan, makan tengah hari dan minum petang disediakan
Silibus :

1) Pengenalan kepada pasaran saham
- Apakah itu pasaran saham (stock market)?
- Kenapa perlu melabur di pasaran saham?
- Apakah yang didagangkan?
- Cara-cara mendaftar, pembelian dan sistem pemadanan (matching system)
- Kos-kos yang terlibat
- Sistem pembayaran

2) Corporate Exercise
- Dividen, Right Issue, Warrant, Bonus Issue, Share Consolidate, Share Split, etc..
- Tindakan yang perlu diambil
- Pengiraan

3) Kemudahan Margin (Margin Facilities)
- Apakah akaun margin
- Kelebihan
- Pengiraan

4) Mengkaji saham (bahagian 1)
- Asas “Fundamental Analysis (FA)”
- Pengiraan dan penerangan
- Memahami financial report

5) Trading Platform

Tajuk : KELAS ASAS PELABURAN PASARAN SAHAM (BAHAGIAN 2)
Tarikh : 18 OKTOBER 2015
Masa : 8.30 a.m. – 5.00 p.m.
Tempat : Batu Caves
Yuran :
1) RM270 (1 orang)
2) RM450 (2 orang)
Jumlah peserta: 30 max
* sarapan, makan tengah hari dan minum petang disediakan
Silibus :

1) Averaging
- Cara mengurangkan kerugian dan meningkatkan keuntungan
- Pengiraan harga purata pembelian dan jualan

2) Mengkaji saham (bahagian 2)
- Asas “Technical Analysis (TA)”
- Mengenal indicator

3) Technical Analysis for intermediate
- Mengenal Entry Price
- Mengenal signal dan pengesahan signal

4) Initial Public Offering (IPO) / Saham Terbitan Awam
- Definisi
- Cara permohonan

**Kepada yang berminat untuk menghadiri kedua-dua kelas, yuran adalah seperti berikut:
a) RM410 (1 orang)
b) RM700 (2 orang)
** sila buat tempahan sebelum 14 OKTOBER 2015
MOHD SHARIL BIN MAT NAYAN 016-2134312
MOHD SHAHRIL BIN RAMLI 018-9668620