Wednesday, December 26, 2012

Zakat Saham

Zakat fungsinya adalah untuk menyucikan harta kita. Ini kerana didalam harta kekayaan kita terdapat hak orang lain yang sangat memerlukan agihan zakat ini untuk meneruskan kehidupan mereka. Zakat termasuk didalam Rukun Islam yang kelima. Setiap muslim yang memenuhi syarat wajib zakat adalah wajib untuk melaksanakannya. Syarat-syarat wajib zakat adalah (1) Islam, (2) Merdeka, (3) Harta milik sempurna, (4) Cukup Nisab, (5) Cukup Haul, (6) Niat untuk Berniaga.

Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua hijrah. Zakat terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya adalah:-
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas
  • Zakat Perak
  • Zakat Saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat Pertanian
  • Zakat Ternakan


Hari ni saya nak kongsikan serba sedikit mengenai Zakat Saham.

Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh-Zakat mendefinisikan saham sebagai kertas berharga yang diperniagakan dalam transaksi-transaksi perdagangan khususnya di Bursa Malaysia.
  • Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai dibandingkan dengan saham dalam syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia atau saham dalam koperasi.
  • Saham yang dibeli dari wang sendiri sahaja dikira manakala bahagian yang dibeli melalui pinjaman hendaklah ditolak kerana dikira tidak sempurna milik.


1. Berapakah kadar yang dikenakan untuk Zakat Saham?
Kadar yang dikenekan untuk zakat saham adalah 2.5% iaitu sama dengan kadar zakat harta.

2. Berapakah Nisab dan Haul untuk Zakat Saham?
Nisab dan Haul untuk Zakat Saham adalah sama dengan zakat lain iaitu untuk nisab adalah bersamaan 85g emas harga semasa (lebih kurang RM10,300) dan untuk Haul adalah genap setahun harta disimpan.

3. Apakah metodologi pengiraan Zakat Saham yang diguna pakai?
Cara pengiraan zakat berlainan bagi saham yang dipegang secara sekejap (belian dengan niat untuk dijual dalam tempoh haul) dan untuk simpanan lama (belian dengan niat untuk disimpan lama dan untuk menikmati dividend).



Kiraan bagi pegangan sekejap (dalam tempoh Haul):


2.5% x Keuntungan jualan saham ( Nilai Jualan Saham – Modal )
Contoh:

a) Saham X: RM6,000 - RM2,000= RM4,000
b) Saham Y: RM8,000 - RM2,000= RM6,000
Jumlah ZakatRM10,000 x 2.5%
RM250

Kiraan bagi pegangan saham selepas setahun:

Bagi saham-saham berbentuk pelaburan jangka panjang (melebihi setahun) maka zakat dikira ke atas jumlah lot yang di pegang didarab dengan harga terendah seunit.
Nama SahamBil Unit (A)
RM
Harga Terendah (B)
RM
Jumlah (A x B)
RM
ABC20,0001.5030,000
DEF20,0000.5010,000
Jumlah Harga Terendah40,000

Zakat = RM40,000 x 2.5%
          = RM 1,000


Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi pejabat Zakat di Negeri masing-masing. Ataupun boleh lawati Website Pusat Pungutan Zakat untuk pertanyaan lanjut.

Initial Public Offering (IPO) 2013

Tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi. Di dalam tahun ini sahaja lebih kurang 18 saham baru telahpun didaftarkan samada di Main market ataupun Ace Market. Kebanyakan saham ini juga mencatatkan pulangan positif pada hari pertama didagangkan.



Daripada 18 saham disenaraikan, cuma 4 saham sahaja yang kurang memberangsangkan. Dan Pasukhas Group Berhad menjadi juara bagi kenaikan tertinggi pada hari pertama didagangkan.

Untuk tahun 2013, antara IPO yang akan disenaraikan adalah seperti:-

1. AirAsia X
2. Tune Air
3. KLCC Reits
4. Petronas L&G
5. Malakoff
6. Westport

Nantikan entry berikutnya, saya akan kupas serba sedikit untuk saham-saham yang bakal diterbitkan pada tahun 2013. Dan kepada mereka yang masih tidak faham berkenaan pelaburan IPO ini bolehlah hubungi saya untuk keterangan lanjut. 

Untuk mengetahui cara melanggan saham IPO melalui MITI boleh klik disini.

Saturday, November 3, 2012

Kereta Idaman

Salam.. Kawan-kawan kalau anda diberi pilihan untuk memilih kereta dibawah RM90k, kereta mana yang akan anda beli. Dibawah ni saya senaraikan kereta-kereta sedan dibawah RM90k dan sedikit info mengenainya.

Proton:
Model: Proton Inspira 2.0E


Harga : RM 86,900
Ciri-ciri menarik : Sistem ABS dan EBD, 6-speed CVT dengan INVECS-III, Sport Mode dengan Paddle Shift, Reverse Camera, Multipurpose LCD Touchscreen, Lampu dan wiper automatik.

Model: Preve 1.6 Premium


Harga : RM 72,990
Ciri-ciri menarik : Sistem ABS dan EBD, 4 Airbag, Seatbelt pre-tentioner, Front active head rest, Anti-trap power window (driver only), Front fog lamps, Immobilizer, Electronic stability control(ESC), Auto headlamp, Cd/mp3/bluetooth/usb/ipod connectivity/4G WiFi-side mirror LED, GPS navigation, Paddle shifter, Push start button, Auto Cruise dan Auto wiper.

Toyota:
Model: Vios 1.5G Limited (AT)


Harga: RM 89,613.50
Ciri-ciri menarik: 4-Speed Automatic dengan Super ECT, Gate Shifter, CD-Player, MP3, AUX-Jack, USB, iPod Compatibility, Bluetooth and 6 Speakers, Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA), Immobiliser.

Naza Kia:
Model: Kia Forte 1.6 SX


Harga: RM 85,800
Ciri-ciri menarik: Transmisi Auto dengan 6 kelajuan beserta Paddle Shifter, LED Side Mirror dengan auto folding, Reverse camera dan paparan pada cermin pandang belakang, Boots Type A/T TGS Shift Lever, Bluetooth, Cup Holder dengan Chrome Lining, New Design Center Console, New Radiator Grille, Air Intake Grille dan Fog Lamp design, New Outside Temperature Display, New cluster graphic, door trim, seat pattern dan air ventilation grill design.

Honda:
Model: Honda City


Harga: RM 88,000
Ciri-ciri menarik: New chromed front grille, paddle-shifters (only available in Grade E) to control that 5-speed automatic slush-box with Shift Hold Control, steering wheel mounted controls (only available in Grade E) and 16” alloy rims wrapped by 185/55 ContiPremiumContact 2 tyres with disc-brakes all-round.

Nissan:
Model: Nissan Almera


Harga: RM 79,800
Ciri-ciri menarik: Intelligent Key with Immobiliser, Automatic Climate Control, Air-conditioning system keeps the interior at desired temperature, Push button ignition, Fine vision meter with multi information display, HR15DE engine with CVTC, Halogen headlamps, Vehicle speed sensitive intermittent wiper, ABS & EBD system, Dual SRS Airbags System.


Jika diberi pilihan, kereta mana jadi idaman anda??

Saturday, October 6, 2012

Seminar Saham

Assalamualaikum w.b.t, lama rasanya tak update blog ni. Kebelakangan ni busy sikit dengan kelas dan kerja.   Banyak assignment kene hantar. Hahaha.. salah diri sendiri, suka buat last minute..

Ok.. Baru-baru ni ramai yang tanya saya macam mana saya boleh beri tip-tips untuk memilih saham. Dan kebanyakan tips yang saya beri semuanya menunjukkan kenaikan harga yang positif. Contoh adalah seperti gambar di bawah:


Sebenarnya sistem MK Experience (MK Exp) banyak membantu saya dalam membuat pemilihan saham yang betul selain memberi tahu saya bila waktu yang sesuai untuk membeli, menjual ataupon menyimpan sesuatu saham. Alhamdulillah, setakat ini kebanyakan client saya mendapat manafaat dari sistem ini. 

Diatas keberkesanan sistem ini, saya telah menjemput founder MK Exp iaitu En. Mustapha Kamal untuk memberi sedikit taklimat mengenai peluang pelaburan di Bursa Malaysia serta bagaimana untuk memaksimakan penggunaan MK Exp sebagai panduan untuk memulakan pelaburan.


Tajuk seminar : Introducing Trading Made Easy With MK Experience. 
Bahasa           : Bahasa Melayu.
Tarikh            : 21 Oktober 2012 (Ahad)
Masa             : 10.00am - 5.00 pm
Tempat          : Dewan VIP, Cafe D'manggis Sg Buloh 254, batu 17, Kampung Cempedak,
                       Lorong Manggis Kuang, 48050, Rawang.
Peserta           : Terhad kepada 50 peserta sahaja.
Yuran             : RM 50.00 sahaja. *Termasuk bayaran tempat duduk, sarapan pagi, makan tengahari dan           minum petang. (Memang berbaloi)

Kepada yang berminat, sila hubungi saya di talian 013-4058978. Tempat duduk adalah terhad. Rebutlah peluang ini, InsyaAllah anda akan mendapat manafaat darinya kelak..



Wednesday, September 5, 2012

CB Industrial Product Holdings Bhd


CB Industrial Product Holdings Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengeluar dan memasarkan peralatan  dan produk berkaitan dengan minyak sawit. Syarikat ini juga terlibat dalam mereka bentuk, pembuatan, perolehan, bekalan, pembinaan dan pentauliahan kilang minyak sawit. Dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam industri ini, syarikat ini kini menjadi kontraktor sepenuhnya untuk kilang minyak sawit. Ia mempunyai kapasiti untuk membina kira-kira 14 kilang setahun. Di samping itu, syarikat juga terlibat dalam perladangan kelapa sawit dan pengubah suaian kenderaan bagi tujuan khas seperti ambulans dan jentera bomba.

Keluar dari operasi perladangan Malaysia. 

CBIP terlibat dengan perladangan kelapa sawit semenjak tahun 2004 dengan mendapatkan 14,500 hektar tanah di Sarawak. Disebabkan susah untuk mendapatkan tanah di Malaysia bagi tujuan perladangan, syarikat mengambil keputusan untuk keluar dari pasaran Malaysia dan menumpukan perniagaan mereka di Indonesia. Pada Mei 2012, Syarikat menjual operasi perladangannya di Sarawak dengan harga RM268.1M dan dalam masa yang sama syarikat membeli dua anak syarikat iaitu PT Jaya Jadi Utama dan PT Berkala Maju Bersama iaitu syarikat dari Indonesia dimana kedua-dua syarikat ini mempunyai lebih 29,000 hektar tanah perladangan di Kalimantan. Pada Ogos lepas, CBIP memohon untuk memperoleh 94% pegangan di dalam syarikat PT Gumas Alam Subur (PT GAS) dengan harga RM6.30m.

Gambarajah dibawah menunjukkan tanah perladangan yang terdapat di Kalimantan termasuk dua anak syarikat yang baru diperoleh iaitu PT BMB dan PT JJU. Setelah selesai pengambilalihan, syarikat ini akan memiliki lebih 51,000 hektar tanah pertanian. 


Pengumuman Dividend kepada pemegang saham.

Pada 27 Ogos lepas, Syarikat telah mengumumkan pemberian dividend sebanyak RM0.10 sesaham kepada pemegang saham syarikat dengan syarat pelabur mempunyai pegangan saham syarikat sebelum 10/9/2012 dan kelayakan untuk mendapat dividend adalah pada pukul 5, 12/9/2012. Dan pembayaran dividend akan didepositkan terus ke dalam akaun pemegang saham pada 28/9/2012.

Penilaian & Saranan

Beli dengan sasaran harga RM3.28. Selepas pelupusan operasi perladangan minyak sawit di Sarawak, syarikat akan memperolehi sumbangan minimum daripada segmen perladangan sehingga 2015. Sebagai salah satu pemacu utama dalam perniagaan pembinaan kilang minyak sawit, kami menjangkakan perniagaan terasnya akan terus meningkat baik, disokong oleh perolehan kontrak yang semakin meningkat, pelanggan baru yang berpotensi dari Indonesia dan Papua New Guinea, serta hubungan perniagaan jangka panjang dengan syarikat berpotensi seperti Felda, Tradewinds Plantations dan lain-lain pemilik ladang swasta.

Sumber: OSK Retail Research

P/s: Untuk memperoleh analisis syarikat yang lengkap, sila lawati website OSK Investment Bank Berhad.

Saturday, August 11, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Sedar tak sedar bulan ramadhan dah nak sampai kepenghujungnya. Harap kita semua dapat barakah dari bulan yang mulia ini dan dipanjangkan usia untuk bertemu ramadhan berikutnya, Insyaallah. Macam mana dengan persiapan raya anda? Berapa pasang baju raya tahun ni? hehe..

Dalam kita ghairah untuk menyambut  hari lebaran, ingatlah masih ada insan-insan yang perlukan perhatian dari kita. Saya tersentuh hati bila melihat iklan raya dari BERNAS, banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari iklan ni. Good job for Affinity Worlwide and BERNAS for the most touching commercial ever.


Kepada seluruh muslimin dan muslimat, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir & batin untuk kekilafan yang telah saya lakukan.



Friday, August 10, 2012

IPO Pasukhas Group Berhad



IPO Summary

Company Name: Pasukhas Group Berhad

Offer period: OPEN (2/08/2012) CLOSE (13/08/2012)

Listing date: 29th August 2012

Listing Sough: Ace Market

Number of shares:
                Public                         : 90,000,000
                Offer for sale          :    -
                Private Placement :  55,000,000

Offer Price: RM0.12 /ordinary share

Main business:

M&E Engineering Services
Provision of M&E engineering services for our targeted customers in the water treatment and sewerage industry, palm oil and sugar mills and refineries, and other factories in the manufacturing sector. To complement their core service of M&E engineering, they began manufacturing a range of quality LV switchboards.

Competitive Strengths
  1.      Experienced key management
  2.         Proven track record
  3.      Commitment to quality assurance and quality control
  4.       Design and value engineering capabilities
  5.      Comprehensive range of services and products
  6.      Competitive pricing
  7.      Skilled employees


Board of Director:
  •  Teng Ah Kiong                                                  Chairman / Managing Director
  • Teng Yoon Kooi                                                 Executive Director
  • Tan Chor Tong                                                   Executive Director 
  • Datuk Khor Chin Poey                                       INED
  • Ir. S. P. Thiagarajan a/l Suppiah                          INED
  • Teoh Kim Hooi                                                  INED


Utilisation of Proceeds:

Details o Utilisation
Estimated timeframe for utilisation upon listing
RM Million
‘000
%
R&D Expenditure
Within 24 months
600
5.6
Repayment of bank borrowing
Within 12 months
1,634
15.1
Working capital
Within 24 months
6,366
58.9
Estimated listing expenses
Upon listing
2,200
20.4
Total gross proceed

10,800
100.00

 Financial Report:


2009
2010
2011
REVENUE
46,407
40,479
25,821
GROSS EPS (sen)
2.09
1.90
0.60
PAT
4,292
3,893
1,234
NTA
17,801
19,914
19,132
PBT
6,247
5,284
1,849
PBT MARGIN (%)
13.5
13.1
7.2
PE Ratio   (estimated)                                                                                 10

Risk Factors:

-          Dependence on particular segments, market and geographical locations
-          Availability and fluctuations in prices of raw materials
-          Absence of long term contractual agreement with customers
-          Breakdown of fire, energy crisis and other emergency crisis
-          Risk o expansion into foreign markets
-          Related party transaction
-          Financial performance
-          No assurance that our future plans will be commercially successful
-          Intellectual property rights and trademarks infringement

Risk relating to Investment in their shares
-          Delay or abortion of our listing
-          No prior market for our shares and possible volatility of our share price
  
Future Plans and Strategies
1.       Market Expansion
2.       Public-private partnership projects
3.       Services and products development
4.       Broadening customer base
5.       Investing in Human Resource Development and expansion

Thursday, August 9, 2012

IPO Datasonic Group Berhad


Ringkasan mengenai IPO:

Nama Syarikat: Datasonic Group Berhad

Tarikh penting: 
             Dibuka: 03/08/2012
             Ditutup: 17/08/2012
             Penyenaraian: 03/09/2012

Harga tawaran: RM2.00 sesaham

Aktiviti utama syarikat:

1. Merupakan ahli konsortium yang telah ditugaskan untuk mereka bentuk, menubuhkan sistem personalisasi dan penyelesaian kepada kad pintar, menyediakan keperluan semasa dan  sokongan teknikal dan perkhidmatan penyelenggaraan kepada JPN.

2. Merupakan satu-satunya vendor ICT  yang terlibat dalam tiga program utama kad pintar di negara ini.

3. Terlibat dalam penyediaan penyelesaian ICT dan perkhidmatan termasuk pengurusan projek bagi pelaksanaan sistem penyelesaian ICT. Sistem ini perisian pesanan dan penyelesaian perkakasan untuk kementerian dan agensi-agensi kerajaan dan industri yang besar seperti telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan lain-lain.

Kekuatan syarikat:

1. Merupakan pengedar ekslusif sistem Datacard di Malaysia.
2. Hubungan yang baik dengan syarikat luar negara. 
3. Komitmen dalam melakukan R&D.
4. Hubungan yang baik dengan Badan Kerajaan
5. One-Stop center untuk kad pintar di Malaysia

Lembaga pengarah:

1. General Tan Sri (DR) Mohamed Hashim Bin Ali                 INED
2. Dato' Abu Hanifah Bin Nordin                                           Managing Director
3. Chew Ben Ben                                                                  Deputy Managing Director
4. Handrianov Putra Bin Abu Hanifah                                     Executive Director
5. Raghbir Singh A/L Hari Singh                                            Executive Director
6. Md Diah Bin Ramli                                                            Executive Director
7. Datuk Dr Aziz Jamaludin Bin Hj Mohd Tahir                      INED
8. Dato' Wan Ibrahim Bin Wan Ahmad                                  INED
9. Dato' Wan Mohd Safian Bin Wan Hasan                           INED

Penggunaan Dana (Utilisation of Proceeds):

Details of Utilisation
Estimated timeframe for utilisation upon listing
RM Million
%
Capital Expenditure
Within 3 years
27,100
66.51
R&D expenditure
Within 2 years
6,000
14.72
Working capital
Within 1 year
5,000
12.27
Estimated listing expenses
Upon listing
2,648
6.50
Total gross proceed

40,478
100.00

Laporan Kewangan:


2008
2009
2010
2011
REVENUE
27,524
32,149
39,551
78,407
GROSS EPS (sen)
16.57
18.28
16.31
31.19
PAT
8,580
9,103
7,612
15,880
NTA




PBT
11,536
12,727
11,358
21,717
PBT MARGIN (%)
41.91
39.59
28.72
27.70
NTA ( for 2012 )                                                                                                                        0.96
Estimated PE Ratio                                                                                                                       10x


Faktor Risiko:

1. Sektor ini terbabit dengan perubahan teknologi yang cepat.
2. Faktor politik, ekonomi dan perundangan yang berubah-ubah.
3. Bergantung kepada pembekal utama.
4. Bergantung kepada syarikat utama iaitu Dibena Enterprise.
5. Berkemungkinan untuk didakwa jika menyebarkan maklumat pelanggan kepada pihak ketiga.