Showing posts with label IPO. Show all posts
Showing posts with label IPO. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

IPO Baru: SCH Group Bhd


Sejarah dan Perniagaan Syarikat


Kumpulan syarikat ini menyediakan pelbagai produk berasaskan sektor kuari iaitu produk industri kuari, mesin-mesin kuari, peralatan kuari dan juga alat ganti. Syarikat secara am nya menyediakan perkhidmatan membekal dan mengedarkan barangan-barangan berasaskan industri kuari di Malaysia dan juga Asia tenggara. Pada masa ini, syarikat membekalkan produk kepada lebih 500 pelanggan domestik selain membekal kepada pelanggan di negara seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Myanmar dan juga Kemboja.

Butiran-butiran IPO

A. Ringkasan IPO

Terbitan awam sebanyak 90,692,000 saham baru (RM0.10 harga par) akan dibahagikan seperti berikut:-
  • 13,000,000 saham baru kepada warganegara awam Malaysia
  • 13,000,000 saham baru kepada Director, Pekerja dan Perniagaan atau perseorangan yang berkait dengan kejayaan syarikat dan anak-anak syarikat
  • 19,662,000 saham baru dengan cara tawaran persendirian (Private placement) kepada pelabur terpilih.
  • 45,030,000 saham baru dengan cara tawaran MITI.
Serta,

  • Tawaran untuk jual 32,980,000 syer dengan cara tawaran kepada pelabur terpilih.
Harga saham adalah RM0.23 sesaham.


B. Tarikh-tarikh penting

Perkara
Tarikh
Pembukaan tawaran IPO
21 Jan 2014
Penutupan tawaran IPO
27 Jan 2014
Cabutan undi
29 Jan 2014
Penyerahan syer kepada yang berjaya
7 Feb 2014
Penyenaraian
13 Feb 2014

C. Lembaga Pengarah Syarikat

Nama
Jawatan
Chan Wan Choon
Independent Non-Executive Chairman
Lau Mong Ling
Managing Director & Deputy Chairman
Wong Sin Chin
Executive Director
Yeen Yoon  Hin
Executive Director
Gan Khong Aik
Independent Non-Executive Director
Sim Yee Fuan
Independent Non-Executive Director
Rahimi Bin Ramli
Independent Non-Executive Director

D. Informasi Kewangan

Date
31 Ogos 2012 (RM’000)
31 Ogos 2013 (RM’000)
Revenue
54,240
61,251
Net Profit
7,475
7,662
EPS
2.32
2.38

E. Polisi Dividend

Syarikat tidak mempunyai formal polisi dividend. Pengisytiharan dan pembayaran dividend akan dilakukan setelah mendapat persetujuan Lembaga syarikat dan pemegang saham.

Sebagai syarikat pegangan pelaburan, keupayaan syarikat membayar dividend adalah bergantung kepada penerimaan dividend dan lain-lain pendapatan yang diterima dari anak-anak syarikat.

F. Pembahagian Penggunaan Dana dari IPO

Penggunaan Dana
Jangka masa
RM’000
%
Penambahan modal untuk pembinaan kemudahan fasiliti baharu
36 bulan
10,000
47.94
Modal kerja am
12 bulan
8,859
42.47
Kos penyenarian
1 bulan
2,000
9.59
TOTAL

20,859
100.00

G. Prospek dan Plan Hadapan syarikat

a. Meningkatkan pegangan pasaran domestik dan serantau.
b. Mempelbagaikan tawaran servis kepada pelanggan
c. Menambah bilangan tenaga mahir
d. Mewujudkan showroom dan servise center untuk produk mesin dan peralatan kuari.

H. Faktor Risiko

a. Kebergantungan terhadap industri kuari.
b. Kebergantungan terhadap pengurusan dan tenaga kerja yang berpengalaman.
c. Perjanjian pengedaran bukan ekslusif oleh Prinsipal
d. Perubahan tukaran wang asing 
e. Risiko kredit dari pelanggan
f. Risiko terhadap liabiliti produk dan warranty.
g. Kebergantungan dengan sumber imports.
h. Gangguan penghantaran produk (Shipping)
i. Kebergantungan kepada pembekal utama, rakan kongsi dan prinsipal.

Komen: Pada pandangan saya, IPO ini sesuai untuk short term investment kerana syarikat tidak mempunyai polisi dividend yang menarik serta penggunaan dana IPO banyak digunakan untuk pengurusan operasi syarikat dan bukan untuk melebarkan perniagaan mereka. Jangkaan harga semasa pembukaan adalah RM0.25-RM0.30.

Wednesday, December 26, 2012

Initial Public Offering (IPO) 2013

Tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi. Di dalam tahun ini sahaja lebih kurang 18 saham baru telahpun didaftarkan samada di Main market ataupun Ace Market. Kebanyakan saham ini juga mencatatkan pulangan positif pada hari pertama didagangkan.



Daripada 18 saham disenaraikan, cuma 4 saham sahaja yang kurang memberangsangkan. Dan Pasukhas Group Berhad menjadi juara bagi kenaikan tertinggi pada hari pertama didagangkan.

Untuk tahun 2013, antara IPO yang akan disenaraikan adalah seperti:-

1. AirAsia X
2. Tune Air
3. KLCC Reits
4. Petronas L&G
5. Malakoff
6. Westport

Nantikan entry berikutnya, saya akan kupas serba sedikit untuk saham-saham yang bakal diterbitkan pada tahun 2013. Dan kepada mereka yang masih tidak faham berkenaan pelaburan IPO ini bolehlah hubungi saya untuk keterangan lanjut. 

Untuk mengetahui cara melanggan saham IPO melalui MITI boleh klik disini.

Monday, July 2, 2012

Saham IHH Healthcare Bhd


Ramai pelabur masih tertanya-tanya bila tarikh jangkaan IPO ini akan diterbitkan, daripada sumber terdekat dan juga pendedahan prospectus awal dari Seruhanjaya Sekuriti, dijangka saham ini akan mula ditawarkan kepada orang ramai pada 4 Julai ini dan akan ditutup pada 11 Julai. Manakala untuk urusan cabutan undi (balloting) pula akan dilakukan pada 13 Julai nanti.

Saham IPO ini akan menjadi saham kedua terbesar di Malaysia selepas Felda Global Ventures (FGV), dan turut akan disenaraikan di Singapura. Antara pelabur-pelabur besar yang berminat dengan saham IPO ini adalah dari unit pelaburan milik kumpulan Bank Dunia, iaitu International Finance Corp (IFC), Pengurus dana pelabur terbesar dunia iaitu Kuwait Investment Authority (KIA), dan juga Eastspring Investments (Singapore) Ltd, anak syarikat milik penuh Prudential PLC yang berpangkalan di United Kingdom.

Antara anak syarikat IHH adalah  seperti Parkway Holdings Ltd, Pantai Holdings Bhd, IMU Health Sdn Bhd, Apollo Hospitals Enterprise Ltd dan Acibadem Saglik Yagtirimlari Holdings AS (ASYH).


Kepada pelabur-pelabur yang berminat, pastikan anda tidak terlepas tarikh permohonan. Dan cara permohonan adalah melalui perbankkan internet seperti maybank2u, Cimbclick dan juga RHB online. Ataupun permohonan secara manual iaitu dengan mengisi white form yang boleh didapati di bank-bank yang terlibat. Pastikan anda telah mempunyai akaun CDS dan masih aktif. 

Thursday, June 28, 2012

FELDA.. Seperti Yang Dijangka.


Harga saham Felda melonjak pada hari pertama disenaraikan (28/06/2012). Ramai pelanggan-pelanggan saya gembira kerana dapat pulangan lebih 18%. Setakat ini, target price (TP) pertama yg diletakkan telah tercapai iaitu RM5.30, tinggal TP kedua iaitu RM5.50 dan jika lepas TP kedua kami jangkakan akan naik ke TP ke tiga iaitu RM6.00.

Target price yang diletakkan oleh Research House:

Affin Investment: 5.50
ECM                : 5.65
Interpacific       : 5.80
JF Apex            : 5.40
Maybank Investment: 6.00
MIDF               : 5.30
TA                    : 5.50

Kepada yang berminat untuk melabur dalam saham IPO yang akan datang boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.

Next target IPO: Malakof dan JohorPort.