Ramai pelabur-pelabur tidak akan melepaskan peluang untuk melabur saham IPO, ini kerana mereka tahu potensi pulangan yang akan mereka dapat pada hari penyenaraian nanti. Kebanyakan saham-saham IPO pada tahun ini sangat memberangsangkan. Ada yang melebihi 10% pulangan pada hari penyenaraian. Saham-saham besar seperti Gas Malaysia (5209) dan Felda Global Ventures (5222) juga memberikan pulangan yang positif kepada pelabur.
Gas Malaysia Berhad
Pada hari pertama penyenaraian, saham ini mencatatkan kenaikan 14.55% dari harga tawaran IPO, dan jika pelabur menjual saham ini pada harga tertinggi yang dicatatkan iaitu RM2.64, keuntungan adalah sebanyak 20%. Saham ini juga bagus untuk pelaburan jangka masa panjang kerana mempunyai polisi dividen.
Felda Global Ventures
Untuk Felda pula, peratusan kenaikan pada hari pertama adalah sebanyak RM1.01 iaitu sebanyak 22.70%. Dijangkakan harga akan terus naik sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu ini kerana saham ini telah melepasi harga tetinggi (resistance level) nya pada hari ini (03/07/2012) iaitu RM5.48. Jangkaan harga (target price) kedua saya adalah RM5.50 dan dijangka akan tercapai dalam minggu ini.
IPO seterusnya adalah IHH yang akan ditutup pada 11/7/2012 (Rabu) dan dijangka akan di senaraikan pada 25/07/2012 (Rabu).
No comments:
Post a Comment