Zakat fungsinya adalah untuk menyucikan harta kita. Ini kerana didalam harta kekayaan kita terdapat hak orang lain yang sangat memerlukan agihan zakat ini untuk meneruskan kehidupan mereka. Zakat termasuk didalam Rukun Islam yang kelima. Setiap muslim yang memenuhi syarat wajib zakat adalah wajib untuk melaksanakannya. Syarat-syarat wajib zakat adalah (1) Islam, (2) Merdeka, (3) Harta milik sempurna, (4) Cukup Nisab, (5) Cukup Haul, (6) Niat untuk Berniaga.
Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua hijrah. Zakat terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya adalah:-
- Zakat Pendapatan
- Zakat Perniagaan
- Zakat Wang Simpanan
- Zakat Emas
- Zakat Perak
- Zakat Saham
- Zakat KWSP
- Zakat Pertanian
- Zakat Ternakan
Hari ni saya nak kongsikan serba sedikit mengenai Zakat Saham.
Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh-Zakat mendefinisikan saham sebagai kertas berharga yang diperniagakan dalam transaksi-transaksi perdagangan khususnya di Bursa Malaysia.
- Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai dibandingkan dengan saham dalam syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia atau saham dalam koperasi.
- Saham yang dibeli dari wang sendiri sahaja dikira manakala bahagian yang dibeli melalui pinjaman hendaklah ditolak kerana dikira tidak sempurna milik.
1. Berapakah kadar yang dikenakan untuk Zakat Saham?
Kadar yang dikenekan untuk zakat saham adalah 2.5% iaitu sama dengan kadar zakat harta.
2. Berapakah Nisab dan Haul untuk Zakat Saham?
Nisab dan Haul untuk Zakat Saham adalah sama dengan zakat lain iaitu untuk nisab adalah bersamaan 85g emas harga semasa (lebih kurang RM10,300) dan untuk Haul adalah genap setahun harta disimpan.
3. Apakah metodologi pengiraan Zakat Saham yang diguna pakai?
Cara pengiraan zakat berlainan bagi saham yang dipegang secara sekejap (belian dengan niat untuk dijual dalam tempoh haul) dan untuk simpanan lama (belian dengan niat untuk disimpan lama dan untuk menikmati dividend).
Kiraan bagi pegangan sekejap (dalam tempoh Haul):
2.5% x Keuntungan jualan saham ( Nilai Jualan Saham – Modal )
Contoh:
Kiraan bagi pegangan saham selepas setahun:
Bagi saham-saham berbentuk pelaburan jangka panjang (melebihi setahun) maka zakat dikira ke atas jumlah lot yang di pegang didarab dengan harga terendah seunit.
Zakat = RM40,000 x 2.5%
= RM 1,000

a) Saham X: RM6,000 - RM2,000 | = RM4,000 |
b) Saham Y: RM8,000 - RM2,000 | = RM6,000 |
Jumlah Zakat | RM10,000 x 2.5% RM250 |
Kiraan bagi pegangan saham selepas setahun:
Bagi saham-saham berbentuk pelaburan jangka panjang (melebihi setahun) maka zakat dikira ke atas jumlah lot yang di pegang didarab dengan harga terendah seunit.
Nama Saham | Bil Unit (A) RM | Harga Terendah (B) RM | Jumlah (A x B) RM |
---|---|---|---|
ABC | 20,000 | 1.50 | 30,000 |
DEF | 20,000 | 0.50 | 10,000 |
Jumlah Harga Terendah | 40,000 |
Zakat = RM40,000 x 2.5%
= RM 1,000
Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi pejabat Zakat di Negeri masing-masing. Ataupun boleh lawati Website Pusat Pungutan Zakat untuk pertanyaan lanjut.