Wednesday, August 21, 2013

Saham Baru (IPO) Titijaya Land Bhd.



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Kepada yang berminat untuk melanggan saham baru IPO Titijaya Land Bhd melalui permohonan Miti boleh lah menghubungi saya untuk mendapatkan borang langganan dan khidmat nasihat. 

Maklumat saham adalah seperti berikut:


Nama syarikat: TITIJAYA LAND BERHAD

a) Jumlah Saham Khas : 34,000,000 unit

b) Harga Par : RM 0.50 seunit

c) Harga Tawaran : Akan dimaklumkan kemudian

d) Aktiviti Utama Syarikat : Property Development

e) Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama

f) Bank Penasihat : ALLIANCE INVESTMENT BANK BERHAD

g) Tarikh Tutup Pendaftaran Minat Untuk Melanggan: 

Penghantaran Borang Pendaftaran Minat Untuk Melanggan bagi Individu, Syarikat, Koperasi & Yayasan bersama dengan dokumen-dokumen berkaitan selewat - lewatnya pada 30 Ogos 2013 (Jumaat) jam 12.00 tengahari.

Sunday, June 2, 2013

IKLAN: Pakej Percutian Padang-Bukit Tinggi 4h3m

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Adakah anda minat melancong? Inginkan percutian keluarga yang santai? Tak tahu destinasi yang ingin dituju? Jangan risau, posting kali ini saya ingin mempromosikan satu pakej percutian ke Padang-Bukittinggi, Indonesia. Harganya sangat berbaloi-baloi. Nikmatilah percutian santai yang bakal anda lalui. 


Harga pakej hanya RM999/pax. Harga normal adalah RM1299. Anda jimat RM300 seorang.

Harga termasuk:

1. Tiket flight return Kuala Lumpur - Padang.
2. Hotel 3 bintang atau setaraf.
3. Meals (3 kali sehari)
4. Van/ Bas berhawa dingin beserta Driver dan Guide
5. Pengangkutan pergi dan balik ke lapangan terbang.
6. Tip pemandu pelancong.
7. Tiket-tiket lawatan*
9. Cukai lapangan terbang.

Boleh dikatakan semua kos telah termasuk didalam harga pakej. Anda cuma perlu sediakan duit untuk shopping sahaja.. : )

Tempat-tempat menarik bakal anda lawati:

1. Air terjun lembah Anai

Lembah Anai merupakan deretan tebing curam yang terletak di Padang Panjang, yang membentang di samping jalan utama antara Kota Padang dengan Bukittinggi di Indonesia. Salah satu keindahan Lembah Anai adalah air terjun yang terletak persis di pinggir jalan. Air terjun ini terletak di tepi jalan berhampiran dengan jambatan dan landasan kereta api lama yang tidak lagi digunakan. Dikhabarkan airnya yang jernih dan berkhasiat dapat mengekalkan awet muda dan menyembuhkan pelbagai penyakit.







2. Jam Gadang 

Dibangun pada tahun 1926 sebagai hadiah dari Ratu Belanda kepada Rook Maker, sekretaris atau controleur Fort de Kock (sekarangkota Bukittinggi) pada masa pemerintahan Hindia-Belanda. Arsitektur menara jam ini dirancang oleh Yazin Sutan Gigi Ameh, sedangkan peletakan batu pertama dilakukan oleh putra pertama Rook Maker yang pada saat itu masih berusia 6 tahun.

Pembangunan Jam Gadang menghabiskan biaya sekitar 3.000 Gulden, biaya yang tergolong fantastis untuk ukuran waktu itu. Sehingga sejak dibangun dan sejak diresmikannya, menara jam ini telah menjadi pusat perhatian setiap orang. Hal itu pula yang mengakibatkan Jam Gadang kemudian dijadikan sebagai penanda atau markah tanah dan juga titik nol kota Bukittinggi.





3. Istana Pagaruyung.

Istano Basa yang lebih terkenal dengan nama Istana Pagaruyung, adalah sebuah istana yang terletak di kecamatan Tanjung Emas, kota Batusangkar, kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Istana ini merupakan obyek wisata budaya yang terkenal di Sumatera Barat. Istano Basa yang berdiri sekarang sebenarnya adalah replika dari yang asli. Istano Basa asli terletak di atas bukit Batu Patah dan terbakar habis pada sebuah kerusuhan berdarah pada tahun 1804. Istana tersebut kemudian didirikan kembali namun kembali terbakar tahun 1966.


4. Lubang Jepun/ Jepang 
Lubang Jepang dibangun sebagai tempat penyimpanan perbekalan dan peralatan perang tentara Jepun, dengan panjang terowong mencapai 1400m dan berkelok-kelok serta memiliki lebar sekitar 2 meter. Sejumlah ruangan khusus terdapat di terowongan ini, di antaranya adalah ruang pengintaian, ruang penyergapan, penjara, dan gudang senjata.

Selain lokasinya yang strategik di kota yang dahulunya merupakan pusat pemerintahan Sumatera Tengah, tanah yang menjadi dinding terowongan ini merupakan jenis tanah yang jika bercampur air akan semakin kukuh. Bahkan gempa yang melanda Sumatera Barat pada tahun 2009 lalu tidak banyak merosak kan struktur terowong.

5. Danau Maninjau
Maninjau yang merupakan danau vulkanik ini berada pada ketinggian 461,50 meter di atas permukaan laut. Luas Maninjau sekitar 99,5 km² dan memiliki kedalaman maksimum 495 meter. Cekungannya terbentuk kerana letusan gunung yang bernama Sitinjau (menurut legenda setempat), hal ini dapat terlihat dari bentuk bukit sekeliling danau yang menyerupai seperti dinding. Menurut legenda di Ranah Minang, keberadaan Danau Maninjau berkaitan erat dengan kisah Bujang Sembilan.

Selain itu, anda juga akan dibawa melawat ke kedai-kedai pakaian dan kraftangan yang menawarkan harga yang sangat murah dan berpatutan.

Untuk itinerary penuh, boleh hubungi saya. Pakej terbuka untuk 20 peserta terawal sahaja. Tarikh percutian adalah pada 4-7 September 2013.

Tuesday, April 23, 2013

Top 30 Best Dividend Yield Counter




              Source: http://www.topyields.nl/Top-dividend-yields-of-KLCI30.php

Definition of 'Earnings Per Share - EPS'

The portion of a company's profit allocated to each outstanding share of common stock. Earnings per share serves as an indicator of a company's profitability.

Calculated as: (Net Income - Dividend on preferred stock) / Outstanding shares  

Two companies could generate the same EPS number, but one could do so with less equity (investment) - that company would be more efficient at using its capital to generate income and, all other things being equal, would be a "better" company 

Definition of 'Dividend Yield'

A financial ratio that shows how much a company pays out in dividends each year relative to its share price. Dividend yield is a way to measure how much cash flow you are getting for each dollar invested in an equity position. Investors who require a minimum stream of cash flow from their investment portfolio can secure this cash flow by investing in stocks paying relatively high, stable dividend yields. In the absence of any capital gains, the dividend yield is the return on investment for a stock. 

Calculated as: Annual dividend per share/ price per share

Definition of 'Price-Earnings Ratio - P/E Ratio'

The P/E is sometimes referred to as the "multiple", because it shows how much investors are willing to pay per dollar of earnings.

Calculated asMarket Value per Share/Earnings per Share (EPS)

Monday, April 8, 2013

Sona Petroleum Berhad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama rasanya tak update blog ni. Masa terasa terlalu sedikit sebab terlalu banyak benda nak dibuat dalam satu masa. Apa-apa pun dalam keadaan pasaran tak menentu dan demam pilihan raya yang semakin memuncak ni, pasaran saham kita masih lagi rancak dan ramai pelabur yang menunggu masa ini untuk membeli saham-saham yang bermutu pada harga diskaun. Bukan pasaraya sahaja ada buat jualan "sales", stock market pon ada.. hehehe

Untuk kali ini, ada satu IPO yang telah dibuka untuk tawaran pelabur bumiputera, iaitu Sona Petroleum Berhad. Maklumat pemohonan boleh didapati di website MiTi. Klik sini

Maklumat Langganan Saham Miti



a) Jumlah Saham Khas : 176,340,000 unit

b) Harga Par : RM 0.01 seunit

c) Harga Tawaran : Akan dimaklumkan kemudian

d) Aktiviti Utama

Syarikat :

- Sona Petroleum adalah sebuah syarikat pemerolehan kegunaan khas

e) Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama

f) Bank Penasihat :

- CIMB Investment Bank Berhad

- OSK Investment Bank Berhad

- RHB Investment Bank Berhad

g) Pegawai Untuk

Dihubungi :

CIMB Investment Bank Berhad :

Client Service Management

(+603-2084 6440) – ipocentre@cimb.com

RHB Investment Bank Berhad /

OSK Investment Bank Berhad :

MITI Call Centre Service

(+603 2071 9001) – ipomiti@rhbinvestmentbank.com

h) Tarikh Tutup

Penghantaran Borang Pendaftaran Minat Untuk Melanggan Saham bagi Individu, Syarikat, Koperasi &  Yayasan bersama dengan dokumen-dokumen berkaitan pada 16 April 2013 (Selasa) jam 5.00 petang. 

Kepada yang berminat untuk memohon dan pelabur yang masih belum mempunyai CDS bolehlah hubungi saya untuk khidmat permohonan di MITI.

Thursday, January 10, 2013

IKLAN: e-Book Mentor Jutawan

Salam sejahtera,

Sudahkah anda mendapatkan ebook Mentor Jutawan?


Mentor Jutawan mengandungi tip dan strategi 8 mentor Jutawan Malaysia iaitu:

    * Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
    * Azizi Ali, Jurulatih jutawan
    * Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
    * Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
    * Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
    * Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
    * Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
    * Irfan Khairi, Jutawan Internet


Baca testimonial pembaca Mentor Jutawan di bawah:

=====

Apa yang dapat saya katakan, WOW!!!! really amazing… memang hebat! Saya seorang hamba Allah yang paling susah untuk membaca buku-buku ilmiah. Melainkan betul-betul ada ransangan lain yang membuat saya nak baca, seperti buku-buku Irfan Khairi dan Dr. Fadzilah Kamsah. Tetapi ebook ni memang buat saya teruja sangat-sangat…

First time baca buku siap ada buku catatan dan pen yang langsung tak lepas tangan…ikut hati nak catat setiap word. Sebab setiap perkataan memberi makna yang sangat-sangat hebat. Rugi sangat-sangat pada mereka yang tak beli. Bukan senang nak dapat pendapat dan pandangan peribadi daripada mereka yang dah sangat berjaya. Kepada IK, krew & 7 lagi jutawan hebat, saya seikhlas hati ucapkan tahniah dan berbanyak terima kasih…seronok baca cerita dan pengalaman anda…terima kasih sangat-sangat. Assalamualikum.

Siti Rahmah Hj Mustafa
Dungun Terngganu

=====

Pada mulanya saya teragak-agak untuk membeli buku Mentor Jutawan. Saya fikir, mungkin isi kandungannya tidak jauh berbeza daripada buku-buku lain yang pernah saya baca. Tetapi sebaik sahaja membaca buku ini, persepsi saya mula berubah.

Buku ini memang berbeza. Mungkin kerana di sebabkan ia adalah transkripsi interview, saya dapat rasakan seolah-olah buku ini “hidup”. Sebagai contoh, sewaktu membaca Bicarawara Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Terngiang-ngiang suara Dato’ sehinggakan beberapa kali saya ketawa sendirian.(Nasib baik orang tak nampak! Kalau tidak, mungkin saya di cap gila sebab ketawa sorang-sorang).

Selain itu, ada banyak (sebenarnya terlalu banyak) mutiara kata, azimat dan highlights daripada mereka, yang perlu kita ambil iktibar dan boleh diaplikasikan dalam perniagaan. Adakalanya saya rasa benda yang disebutkan itu macam perkara biasa sahaja. Tapi, rupa-rupanya...perkara itulah yang kita tidak boleh terlepas pandang jika mahu berjaya dalam perniagaan.

Apa yang boleh saya simpulkan, pelaburan untuk buku ini memang berbaloi. Harganya sangat murah jika hendak dibandingkan dengan nilai yang akan diperolehi selepas membaca buku ini. Percayalah, anda tidak akan rugi kerana memilikinya. Tetapi anda mungkin akan rugi, jika anda tidak memilikinya. Ikhlas,

Amalia Ruslan
http://www.MajlisImpian.com 

=====

Mentor Jutawan sememangnya harus dimiliki dan dibaca oleh sesiapa sahaja yang mempunyai hasrat untuk menjadi jutawan pada suatu hari nanti ataupun sekurang-kurangnya untuk berada di tahap bebas kewangan. Pengalaman 8 jutawan yang terpaksa melalui pelbagai kesusahan dan kegagalan yang berbeza sebelum berjaya dan bergelar jutawan harus dijadikan panduan supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka.

Pelbagai tips, rahsia, pengalaman, panduan dan ilmu yang dicurahkan oleh 8 jutawan adalah tidak ternilai harganya dan saya pasti harga ebook ini tidak sepatutnya dijual dengan harga RM40.00. Tanamkan tekad dan kuatkan semangat, Insyallah kita juga boleh mencapai cita-cita untuk berjaya seperti mereka suatu hari nanti.

Azmi
www.wavecommunications.com.my 

=====


Lawati http://www.8jutawan.com/my/aril/  untuk maklumat lanjut :)

Salam hormat,

Mentor Jutawan

Thursday, January 3, 2013

IPO 2013: AirAsia X

Assalamualaikum dan salam sejahtera, seperti yg dijanjikan, saya akan memberikan sedikit review mengenai syarikat-syarikat yang akan menawarkan Saham Terbitan Awam atau dikenali juga sebagai Initial Public Offering (IPO) sepanjang tahun ini. Untuk entry kali ini, saya akan membuat sedikit review untuk syarikat AirAsia X.

Profile Syarikat

AirAsia X adalah syarikat penerbangan tambang murah perjalanan jarak jauh yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Operasinya bermula pada 2 November 2007 dengan menyewa sebuah pesawat Airbus 330-300 ke Lapangan Terbang Gold Coast,Australia. Syarikat ini mengekalkan polisi tambang murahnya dengan memilih perjalanan dan juga yuran perkhidmatan yang rendah yang ditawarkan oleh pengurusan lapangan terbang. Penerbangan baru ini dimiliki oleh AirAsia X Sdn. Bhd. (dahulunya FlyAsianXpress Sdn. Bhd.) yang pernah menyediakan perkhidmatan penerbangan laluan luar bandar di Malaysia. FAX membeli francais dari AirAsia, oleh itu berhak menggunakan laman web Airasia, kostum, dan pengurusan. (sumber dari Wikipedia)

Laporan Kewangan


Berdasarkan prospektus yang telah dikeluarkan, keuntungan bagi AirAsia X adalah perkara yang jarang berlaku. Syarikat ini telah memulakan perniagaan mereka semenjak Nov 2007 tetapi maklumat kewangan yang telah di dedahkan di dalam prospektus hanya meliputi kewangan bermula bagi tahun 2009. Bagi tahun 2007 dan 2008, syarikat tidak dapat mengelakkan kerugian disebabkan bebanan harga bahan api yang tinggi dan juga kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Tahun 2010 mencatatkan keuntungan tunggal bagi AirAsia X iaitu sebanyak MYR 7.2 juta keuntungan operasi pada margin sebanyak 0.5%. Kenaikan keuntungan sebelum cukai adalah hasil dari tukaran wang asing yang menggalakkan.


Bagi prestasi kewangan suku pertama 2012, syarikat menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Tetapi tahap prestasi ini masih didalam zon merah. Peak period untuk AirAsia X adalah dari bulan November ke Januari. Dan bagi kewangan suku ke-2 dijangka akan terus meningkat kerana pihak pengurusan telah menarik balik destinasi perjalanan yang tidak menguntungkan pada pertengahan suku pertama.



Gambarajah dibawah menunjukkan sumbangan pendapatan dan kerugian bagi setiap wilayah dari tahun 2009 hingga tahun 2011 dan juga bagi suku pertama 2011 dan 2012:



Komen:

Pada pandangan peribadi saya, IPO AirAsia X adalah pelaburan untuk tempoh jangka panjang. Syarikat ini menunjukkan perkembangan positif dari segi kewangan. Selain itu, syarikat telah menyatakan didalam draf prospektus bahawa 55.1% daripada hasil IPO akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank dan 20.2% untuk modal kerja dan bakinya adalah untuk perbelanjaan penyenaraian.

Untuk harga pula, AirAsia masih tidak mengumumkan informasi harganya. Cuma anggaran boleh dibuat melalui saiz IPO iaitu $250 juta bersamaan 790.12 juta saham yang menjadikan harga bagi sesaham adalah $0.316 atau MYR 0.97 sen sesaham.