Thursday, January 3, 2013

IPO 2013: AirAsia X

Assalamualaikum dan salam sejahtera, seperti yg dijanjikan, saya akan memberikan sedikit review mengenai syarikat-syarikat yang akan menawarkan Saham Terbitan Awam atau dikenali juga sebagai Initial Public Offering (IPO) sepanjang tahun ini. Untuk entry kali ini, saya akan membuat sedikit review untuk syarikat AirAsia X.

Profile Syarikat

AirAsia X adalah syarikat penerbangan tambang murah perjalanan jarak jauh yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Operasinya bermula pada 2 November 2007 dengan menyewa sebuah pesawat Airbus 330-300 ke Lapangan Terbang Gold Coast,Australia. Syarikat ini mengekalkan polisi tambang murahnya dengan memilih perjalanan dan juga yuran perkhidmatan yang rendah yang ditawarkan oleh pengurusan lapangan terbang. Penerbangan baru ini dimiliki oleh AirAsia X Sdn. Bhd. (dahulunya FlyAsianXpress Sdn. Bhd.) yang pernah menyediakan perkhidmatan penerbangan laluan luar bandar di Malaysia. FAX membeli francais dari AirAsia, oleh itu berhak menggunakan laman web Airasia, kostum, dan pengurusan. (sumber dari Wikipedia)

Laporan Kewangan


Berdasarkan prospektus yang telah dikeluarkan, keuntungan bagi AirAsia X adalah perkara yang jarang berlaku. Syarikat ini telah memulakan perniagaan mereka semenjak Nov 2007 tetapi maklumat kewangan yang telah di dedahkan di dalam prospektus hanya meliputi kewangan bermula bagi tahun 2009. Bagi tahun 2007 dan 2008, syarikat tidak dapat mengelakkan kerugian disebabkan bebanan harga bahan api yang tinggi dan juga kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Tahun 2010 mencatatkan keuntungan tunggal bagi AirAsia X iaitu sebanyak MYR 7.2 juta keuntungan operasi pada margin sebanyak 0.5%. Kenaikan keuntungan sebelum cukai adalah hasil dari tukaran wang asing yang menggalakkan.


Bagi prestasi kewangan suku pertama 2012, syarikat menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Tetapi tahap prestasi ini masih didalam zon merah. Peak period untuk AirAsia X adalah dari bulan November ke Januari. Dan bagi kewangan suku ke-2 dijangka akan terus meningkat kerana pihak pengurusan telah menarik balik destinasi perjalanan yang tidak menguntungkan pada pertengahan suku pertama.



Gambarajah dibawah menunjukkan sumbangan pendapatan dan kerugian bagi setiap wilayah dari tahun 2009 hingga tahun 2011 dan juga bagi suku pertama 2011 dan 2012:



Komen:

Pada pandangan peribadi saya, IPO AirAsia X adalah pelaburan untuk tempoh jangka panjang. Syarikat ini menunjukkan perkembangan positif dari segi kewangan. Selain itu, syarikat telah menyatakan didalam draf prospektus bahawa 55.1% daripada hasil IPO akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank dan 20.2% untuk modal kerja dan bakinya adalah untuk perbelanjaan penyenaraian.

Untuk harga pula, AirAsia masih tidak mengumumkan informasi harganya. Cuma anggaran boleh dibuat melalui saiz IPO iaitu $250 juta bersamaan 790.12 juta saham yang menjadikan harga bagi sesaham adalah $0.316 atau MYR 0.97 sen sesaham.

No comments:

Post a Comment