Thursday, January 10, 2013

IKLAN: e-Book Mentor Jutawan

Salam sejahtera,

Sudahkah anda mendapatkan ebook Mentor Jutawan?


Mentor Jutawan mengandungi tip dan strategi 8 mentor Jutawan Malaysia iaitu:

    * Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
    * Azizi Ali, Jurulatih jutawan
    * Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
    * Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
    * Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
    * Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
    * Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
    * Irfan Khairi, Jutawan Internet


Baca testimonial pembaca Mentor Jutawan di bawah:

=====

Apa yang dapat saya katakan, WOW!!!! really amazing… memang hebat! Saya seorang hamba Allah yang paling susah untuk membaca buku-buku ilmiah. Melainkan betul-betul ada ransangan lain yang membuat saya nak baca, seperti buku-buku Irfan Khairi dan Dr. Fadzilah Kamsah. Tetapi ebook ni memang buat saya teruja sangat-sangat…

First time baca buku siap ada buku catatan dan pen yang langsung tak lepas tangan…ikut hati nak catat setiap word. Sebab setiap perkataan memberi makna yang sangat-sangat hebat. Rugi sangat-sangat pada mereka yang tak beli. Bukan senang nak dapat pendapat dan pandangan peribadi daripada mereka yang dah sangat berjaya. Kepada IK, krew & 7 lagi jutawan hebat, saya seikhlas hati ucapkan tahniah dan berbanyak terima kasih…seronok baca cerita dan pengalaman anda…terima kasih sangat-sangat. Assalamualikum.

Siti Rahmah Hj Mustafa
Dungun Terngganu

=====

Pada mulanya saya teragak-agak untuk membeli buku Mentor Jutawan. Saya fikir, mungkin isi kandungannya tidak jauh berbeza daripada buku-buku lain yang pernah saya baca. Tetapi sebaik sahaja membaca buku ini, persepsi saya mula berubah.

Buku ini memang berbeza. Mungkin kerana di sebabkan ia adalah transkripsi interview, saya dapat rasakan seolah-olah buku ini “hidup”. Sebagai contoh, sewaktu membaca Bicarawara Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Terngiang-ngiang suara Dato’ sehinggakan beberapa kali saya ketawa sendirian.(Nasib baik orang tak nampak! Kalau tidak, mungkin saya di cap gila sebab ketawa sorang-sorang).

Selain itu, ada banyak (sebenarnya terlalu banyak) mutiara kata, azimat dan highlights daripada mereka, yang perlu kita ambil iktibar dan boleh diaplikasikan dalam perniagaan. Adakalanya saya rasa benda yang disebutkan itu macam perkara biasa sahaja. Tapi, rupa-rupanya...perkara itulah yang kita tidak boleh terlepas pandang jika mahu berjaya dalam perniagaan.

Apa yang boleh saya simpulkan, pelaburan untuk buku ini memang berbaloi. Harganya sangat murah jika hendak dibandingkan dengan nilai yang akan diperolehi selepas membaca buku ini. Percayalah, anda tidak akan rugi kerana memilikinya. Tetapi anda mungkin akan rugi, jika anda tidak memilikinya. Ikhlas,

Amalia Ruslan
http://www.MajlisImpian.com 

=====

Mentor Jutawan sememangnya harus dimiliki dan dibaca oleh sesiapa sahaja yang mempunyai hasrat untuk menjadi jutawan pada suatu hari nanti ataupun sekurang-kurangnya untuk berada di tahap bebas kewangan. Pengalaman 8 jutawan yang terpaksa melalui pelbagai kesusahan dan kegagalan yang berbeza sebelum berjaya dan bergelar jutawan harus dijadikan panduan supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka.

Pelbagai tips, rahsia, pengalaman, panduan dan ilmu yang dicurahkan oleh 8 jutawan adalah tidak ternilai harganya dan saya pasti harga ebook ini tidak sepatutnya dijual dengan harga RM40.00. Tanamkan tekad dan kuatkan semangat, Insyallah kita juga boleh mencapai cita-cita untuk berjaya seperti mereka suatu hari nanti.

Azmi
www.wavecommunications.com.my 

=====


Lawati http://www.8jutawan.com/my/aril/  untuk maklumat lanjut :)

Salam hormat,

Mentor Jutawan

Thursday, January 3, 2013

IPO 2013: AirAsia X

Assalamualaikum dan salam sejahtera, seperti yg dijanjikan, saya akan memberikan sedikit review mengenai syarikat-syarikat yang akan menawarkan Saham Terbitan Awam atau dikenali juga sebagai Initial Public Offering (IPO) sepanjang tahun ini. Untuk entry kali ini, saya akan membuat sedikit review untuk syarikat AirAsia X.

Profile Syarikat

AirAsia X adalah syarikat penerbangan tambang murah perjalanan jarak jauh yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Operasinya bermula pada 2 November 2007 dengan menyewa sebuah pesawat Airbus 330-300 ke Lapangan Terbang Gold Coast,Australia. Syarikat ini mengekalkan polisi tambang murahnya dengan memilih perjalanan dan juga yuran perkhidmatan yang rendah yang ditawarkan oleh pengurusan lapangan terbang. Penerbangan baru ini dimiliki oleh AirAsia X Sdn. Bhd. (dahulunya FlyAsianXpress Sdn. Bhd.) yang pernah menyediakan perkhidmatan penerbangan laluan luar bandar di Malaysia. FAX membeli francais dari AirAsia, oleh itu berhak menggunakan laman web Airasia, kostum, dan pengurusan. (sumber dari Wikipedia)

Laporan Kewangan


Berdasarkan prospektus yang telah dikeluarkan, keuntungan bagi AirAsia X adalah perkara yang jarang berlaku. Syarikat ini telah memulakan perniagaan mereka semenjak Nov 2007 tetapi maklumat kewangan yang telah di dedahkan di dalam prospektus hanya meliputi kewangan bermula bagi tahun 2009. Bagi tahun 2007 dan 2008, syarikat tidak dapat mengelakkan kerugian disebabkan bebanan harga bahan api yang tinggi dan juga kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Tahun 2010 mencatatkan keuntungan tunggal bagi AirAsia X iaitu sebanyak MYR 7.2 juta keuntungan operasi pada margin sebanyak 0.5%. Kenaikan keuntungan sebelum cukai adalah hasil dari tukaran wang asing yang menggalakkan.


Bagi prestasi kewangan suku pertama 2012, syarikat menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Tetapi tahap prestasi ini masih didalam zon merah. Peak period untuk AirAsia X adalah dari bulan November ke Januari. Dan bagi kewangan suku ke-2 dijangka akan terus meningkat kerana pihak pengurusan telah menarik balik destinasi perjalanan yang tidak menguntungkan pada pertengahan suku pertama.



Gambarajah dibawah menunjukkan sumbangan pendapatan dan kerugian bagi setiap wilayah dari tahun 2009 hingga tahun 2011 dan juga bagi suku pertama 2011 dan 2012:



Komen:

Pada pandangan peribadi saya, IPO AirAsia X adalah pelaburan untuk tempoh jangka panjang. Syarikat ini menunjukkan perkembangan positif dari segi kewangan. Selain itu, syarikat telah menyatakan didalam draf prospektus bahawa 55.1% daripada hasil IPO akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank dan 20.2% untuk modal kerja dan bakinya adalah untuk perbelanjaan penyenaraian.

Untuk harga pula, AirAsia masih tidak mengumumkan informasi harganya. Cuma anggaran boleh dibuat melalui saiz IPO iaitu $250 juta bersamaan 790.12 juta saham yang menjadikan harga bagi sesaham adalah $0.316 atau MYR 0.97 sen sesaham.