Saturday, July 28, 2012

Menjana Kewangan Dengan Pelaburan Saham BSKL.

Sebenarnya ramai pelabur baru takut melabur saham di BSKL kerana kurang pengetahuan mengenai sesuatu saham, ada juga yang tak tahu saham apa yang patut dipilih dan bila masa yang betul untuk membeli dan menjual saham tersebut. 

Seperti pelabur-pelabur di cawangan saya, ramai hanya memilih saham IPO sebagai permulaan pelaburan mereka. Apabila mereka mula yakin dan mengikut semua tips-tips yang kami beri dan alhamdulillah ada antara mereka yang sudah menjana sekurang-kurangnya RM100 sehari dan kini semakin aktif menjadikan pelaburan di BSKL sebagai pendapatan tambahan mereka.

Antara bantuan yang kami beri adalah:-

1. Setiap pelabur baru akan diletakkan dibawah seorang dealer untuk menjaga portfolio pelaburan mereka.
2. Setiap pelabur baru juga mendapat kemudahan akses kedalam grup "Investment Idea" dimana segala persoalan dan tips-tips pelaburan dibincangkan disini
3. Kursus-kursus berkenaan pelaburan disediakan secara percuma, dan banyak lagi.

Contoh Print Screen untuk Group "Investment Idea" di Facebook:



Contoh "Buy Call" untuk saham PWROOT yang memberi pulangan besar kepada pelabur:


Saham ini telah melebihi Harga Sasaran yang saya letakkan iaitu RM0.70 hanya dalam masa 2 hari "Buy Call" dibuat.


Tuesday, July 10, 2012

Permohonan IPO Melalui Perbankan Internet

Kini untuk memohon saham IPO lebih mudah kerana pelabur boleh memohon saham menggunakan kemudahan perbankan internet seperti Maybank2u, CIMBclick dan RHB Online. Permohonan secara atas talian ini juga lebih efektif kerana pelabur tidak perlu lagi datang ke cawangan-cawangan investment bank untuk mendapatkan borang putih (white form).

Dibawah ini adalah cara-cara untuk memohon melalui Maybank2u:-

Langkah Pertama:

Daftar masuk ke akaun online anda dan pilih bahagian Investment (eShare), Saham-saham yang ditawarkan akan disenaraikan di laman ini. Pilih saham yang ingin dipohon dan tekan butang Apply.


Langkah Kedua: Baca dan terima deklarasi dengan menekan butang bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan.


Langkah Ketiga: Isikan ruang bangsa, unit yang ingin dipohon dan nombor cds anda. Untuk nombor cds, jika anda masih belum mendaftar sebagai "Favourite CDS Account" anda bolehlah mengisi nombor di ruangan "Open CDS Account".


Langkah Keempat: Seterusnya anda dikehendaki untuk memastikan kesemua butiran permohonan betul, pastikan tiada kesalahan dilakukan sebelum menekan butang "Confirm".


Langkah Terakhir: Cetak permohonan anda untuk tujuan rekod dan simpanan anda.



PERINGATAN: Anda hanya dibenarkan untuk memohon sekali sahaja bagi setap nombor CDS yang didaftarkan. Permohonan berulang akan membuatkan ianya terbatal secara automatik.

Tuesday, July 3, 2012

Buat Duit Dengan Saham IPO

Ramai pelabur-pelabur tidak akan melepaskan peluang untuk melabur saham IPO, ini kerana mereka tahu potensi pulangan yang akan mereka dapat pada hari penyenaraian nanti. Kebanyakan saham-saham IPO pada tahun ini sangat memberangsangkan. Ada yang melebihi 10% pulangan pada hari penyenaraian. Saham-saham besar seperti Gas Malaysia (5209) dan Felda Global Ventures (5222) juga memberikan pulangan yang positif kepada pelabur.

Gas Malaysia Berhad

Pada hari pertama penyenaraian, saham ini mencatatkan kenaikan 14.55% dari harga tawaran IPO, dan jika pelabur menjual saham ini pada harga tertinggi yang dicatatkan iaitu RM2.64, keuntungan adalah sebanyak 20%. Saham ini juga bagus untuk pelaburan jangka masa panjang kerana mempunyai polisi dividen.

Felda Global Ventures

Untuk Felda pula, peratusan kenaikan pada hari pertama adalah sebanyak RM1.01 iaitu sebanyak 22.70%. Dijangkakan harga akan terus naik sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu ini kerana saham ini telah melepasi harga tetinggi (resistance level) nya pada hari ini (03/07/2012) iaitu RM5.48. Jangkaan harga (target price) kedua saya adalah RM5.50 dan dijangka akan tercapai dalam minggu ini.

IPO seterusnya adalah IHH yang akan ditutup pada 11/7/2012 (Rabu) dan dijangka akan di senaraikan pada 25/07/2012 (Rabu).

Monday, July 2, 2012

Saham IHH Healthcare Bhd


Ramai pelabur masih tertanya-tanya bila tarikh jangkaan IPO ini akan diterbitkan, daripada sumber terdekat dan juga pendedahan prospectus awal dari Seruhanjaya Sekuriti, dijangka saham ini akan mula ditawarkan kepada orang ramai pada 4 Julai ini dan akan ditutup pada 11 Julai. Manakala untuk urusan cabutan undi (balloting) pula akan dilakukan pada 13 Julai nanti.

Saham IPO ini akan menjadi saham kedua terbesar di Malaysia selepas Felda Global Ventures (FGV), dan turut akan disenaraikan di Singapura. Antara pelabur-pelabur besar yang berminat dengan saham IPO ini adalah dari unit pelaburan milik kumpulan Bank Dunia, iaitu International Finance Corp (IFC), Pengurus dana pelabur terbesar dunia iaitu Kuwait Investment Authority (KIA), dan juga Eastspring Investments (Singapore) Ltd, anak syarikat milik penuh Prudential PLC yang berpangkalan di United Kingdom.

Antara anak syarikat IHH adalah  seperti Parkway Holdings Ltd, Pantai Holdings Bhd, IMU Health Sdn Bhd, Apollo Hospitals Enterprise Ltd dan Acibadem Saglik Yagtirimlari Holdings AS (ASYH).


Kepada pelabur-pelabur yang berminat, pastikan anda tidak terlepas tarikh permohonan. Dan cara permohonan adalah melalui perbankkan internet seperti maybank2u, Cimbclick dan juga RHB online. Ataupun permohonan secara manual iaitu dengan mengisi white form yang boleh didapati di bank-bank yang terlibat. Pastikan anda telah mempunyai akaun CDS dan masih aktif.