Friday, June 29, 2012

Seminar Saham Percuma

Kepada rakan-rakan dan pelabur-pelabur yang berminat melabur di Bursa Malaysia terutamanya dalam pasaran Ekuiti dan pasaran Hadapan, jangan lepaskan peluang ini. Cawangan kami akan menganjurkan seminar-seminar menarik dari bulan Julai hingga Disember dengan PERCUMA.

Jadual Seminar seperti berikut:-



Seminar akan diadakan dialamat:

OSK Investment Bank Berhad
Cawangan Rawang,
15, Jalan Bandar Rawang 4,
48000 Rawang, Selangor

Kepada yang berminat boleh hubungi/sms saya untuk tempahan tempat duduk. Terhad kepada 20 peserta terawal sahaja. Tinggalkan nama dan jumlah peserta yang ingin menyertai. 

Kepada yang berminat untuk memulakan trading, boleh bawa satu salinan kad pengenalan dan satu salinan penyata bank untuk proses pembukaan akaun cds.


Thursday, June 28, 2012

FELDA.. Seperti Yang Dijangka.


Harga saham Felda melonjak pada hari pertama disenaraikan (28/06/2012). Ramai pelanggan-pelanggan saya gembira kerana dapat pulangan lebih 18%. Setakat ini, target price (TP) pertama yg diletakkan telah tercapai iaitu RM5.30, tinggal TP kedua iaitu RM5.50 dan jika lepas TP kedua kami jangkakan akan naik ke TP ke tiga iaitu RM6.00.

Target price yang diletakkan oleh Research House:

Affin Investment: 5.50
ECM                : 5.65
Interpacific       : 5.80
JF Apex            : 5.40
Maybank Investment: 6.00
MIDF               : 5.30
TA                    : 5.50

Kepada yang berminat untuk melabur dalam saham IPO yang akan datang boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.

Next target IPO: Malakof dan JohorPort.

Tuesday, June 26, 2012

ESOS (Employees Share Option Scheme)


ESOS?

Esos merupakan satu skim dimana syarikat menjual saham mereka kepada kakitangan dengan harga diskaun. Kebiasaannya jumlah saham yang ditawarkan berbeza mengikut pangkat atau tempoh perkhidmatan. Ada sesetengah syarikat menetapkan tempoh pegangan sebelum staff boleh menjual semula pada pasaran terbuka. Ini bertujuan supaya harga di pasaran terbuka tidak terjejas.

Kenapa Syarikat Menawarkan ESOS?

Ada beberapa sebab mengapa syarikat menawarkan ESOS kepada staf, salah satunya adalah sebagai hadiah ataupun insentif dari syarikat kepada kakitangan (Rewards program). 

Pembiayaan ESOS?

Untuk pembayaran ESOS, staf boleh memilih untuk membuat pembayaran menggunakan simpanan sendiri ataupun melalui plan pembiayaan yang disediakan oleh investment bank. Kadar interest dan juga  peraturan untuk pembiayaan pinjaman berbeza bagi setiap investment bank

P/S: Untuk membolehkan kakitangan membeli saham syarikat, mereka akan melantik investment bank ataupun stockbroking firm untuk menguruskan proses pembukaan akaun CDS. Jika anda masih belum mempunyai CDS akaun dan juga ingin mengetahui berkenaan kadar pembiayaan pinjaman dari OSK Investment Bank, bolehlah hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Sunday, June 17, 2012

Hidup Miskin Selepas Kaya

Rasanya semua kenal dengan Sulaiman Al-Rajhi, iaitu pemilik dan pengasas bank islam yang terbesar didunia. Disenaraikan sebagai individu ke 169 terkaya didunia  untuk tahun 2012 dengan anggaran kekayaan sebanyak $5.9B. Apa yang menarik tentang Sulaiman Al-Rajhi adalah beliau memilih hidup secara miskin walaupun dianugerahkan kekayaan yang banyak. Beliau telah membahagikan harta-hartanya untuk anak-anak dan selebihnya didermakan untuk projek-projek wakaf. Ketika di temubual oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily mengenai kehidupan terkini Sulaiman, beliau menjawab bahawa kini harta yang beliau punyai hanyalah beberapa helai baju sahaja. Selebihnya telah didermakan untuk kemudahan masyarakat.

Antara sumbangan Al-Rajhi adalah:

  1. Menubuhkan bank yang 100% patuh syariah. Dan merupakan bank islam terbesar di dunia. Iaitu Al-Rajhi Bank.
  2. Mengasaskan Al-Watania Poultry iaitu pusat penyembelihan haiwan ternakan. Sehingga kini telah menguasai lebih 40% pasaran Arab Saudi.
  3. Turut mengasaskan Al-Watania Agriculture, tanaman sayur-sayuran berasaskan organik.
  4. Menubuhkan Yayasan Saar iaitu organisasi amal yang terkenal di Arab Saudi.

Friday, June 15, 2012

Bagaimana Krisis Ekonomi Di Amerika Terjadi?

Hari ni saya nak kongsi satu video pendek mengenai krisis ekonomi di Amerika. Video ini menerangkan bagaimana ekonomi US yang dianggap kuat telah jatuh teruk. Ramai rakyatnya kehilangan pekerjaan, bank-bank besar seperti Lehman Brothers diisytihar bankrap, dan lebih teruk lagi hutang negara yang mencecah trillion ringgit tidak dapat dibayar sehingga memaksa kerajaan US mencetak duit bagi menyelamatkan ekonomi mereka.




Apa pendapat anda?

Sunday, June 3, 2012

Hukum Pelaburan ASB

Entry kali ni saya nak berkongsi pendapat tentang Hukum Pelaburan ASB, idea ni datang masa saya tengah syok-syok minum petang dengan kawan-kawan. Tengah dok sembang-sembang seorang kawan bertanya pasal ASB ni.




Sebenarnya perbincangan tentang hukum ASB ni dah lama diperdebatkan. Banyak fatwa-fatwa telah dikeluarkan, ada yang mengharuskan dan ada juga yang mengharamkan. Antara fatwa yang mengharuskan adalah fatwa negeri Perak dan Sarawak dan yang mengharamkannya pula dari Fatwa negeri Selangor.


Keputusan fatwa negeri  Selangor seperti berikut:

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-

1.       Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:

ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلال

Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”

2.    Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.

3.     Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.


Bagi pandangan peribadi saya, saya bersetuju dengan keputusan fatwa negeri Selangor. Ini kerana terlalu banyak percampuran halal dan haram didalam pelaburan ini. Sebenarnya banyak alternatif pelaburan lain di Malaysia yang HALAL, cuma kita sahaja malas untuk mengkaji. 




Pinjaman Kewangan untuk Pelaburan ASB

Untuk maslahat ini pula, bagi saya jika pinjaman itu dibuat dari bank konvensional, secara jelas  kita ketahui bahawa pinjaman tadi terbatal dari hukum syarak. Dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan juga bersepakat bahawa pinjaman ini adalah haram. 

Untuk penjelasan lanjut, boleh rujuk blog-blog mereka yang lebih pakar dalam bidang ini seperti blog Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Wallahualam,.




Friday, June 1, 2012

Peluang Akhir Memohon Saham Felda



IPO Felda Global Venture (FGV) mencipta sejarah apabila menjadi IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar selepas IPO Facebook. IPO ini dijangka akan diapungkan dipasaran utama BSKL pada 28 Jun ini. Lanjutan daripada penyenaraian IPO ini, FGV dijangka akan mendapat modal tambahan sebanyak RM10.5bn. Antara pemegang terbesar saham syarikat ini adalah, EPF, Permodalan Nasional Berhad dan juga Lembaga Tabung Haji.Pelabur-pelabur awam yang gagal memohon melalui MITI boleh mencuba peluang terakhir iaitu memohon melalui tawaran awam yang dibuka semalam 31/5/2012 sehingga 12/6/2012.

Pelancaran Prospectus Felda Global Venture 


Info-info yang terkandung di dalam Prospectus:

1. Jumlah saham yang ditawarkan:
    
a) Tawaran institusi sebanyak 1,915,279,900 unit syer.

b) Tawaran runcit sebanyak 273,611,000 unit syer.


2. Kewangan syarikat:

a) Keuntungan selepas cukai meningkat setiap tahun, (2009- RM293,571juta,     2010-RM929,367juta dan 2011-RM1,014,665juta).

b) Net EPS (sen) : 2009= 8.0, 2010= 25.5 dan 2011= 27.8

c) NA per syer (sen) : 2009= 137.3, 2010= 141.2, 2011=150.3


3. Penyaluran kewangan daripada modal IPO. (Utilisation Of Proceeds)
    



p/s: Kepada yang masih berminat untuk memohon, boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut. Untuk target price awal, saya jangkakan syer ini boleh naik sehingga RM5.50, tetapi ramai yang menjangkakan IPO FGV boleh melebihi RM6 pada hari diterbitkan. Apa-apapun kita doa supaya kita sama-sama dapat keuntungan dari saham ini.