Wednesday, May 16, 2012

Pengalaman Berniaga (Siswa Bistari UiTM)

Untuk entry kali ini, saya ingin bersantai sedikit.. hehehe.. So, saya akan berkongsi minat saya dengan anda semua. Minat saya adalah berniaga, ketika dibangku sekolah lagi saya telah belajar berniaga dengan menyertai Persatuan Usahawan Sekolah. Minat saya semakin meningkat ketika kali pertama  menerima bayaran gaji dari pihak persatuan. Bermula dari detik itu, saya menanam semangat untuk menjadi usahawan berjaya di Malaysia. 

Ketika menuntut di UiTM Shah Alam, pihak fakulti dengan kerjasama JCorp telah menawarkan satu program tambahan untuk pelajar yang mempunyai minat dan cenderung dalam bidang perniagaan. Saya masih teringat ketika hendak keluar dari kereta, mata ini terpandang satu kain rentang yang begitu menarik minat saya. Satu program yang betul-betul membuatkan hati ini meronta-ronta untuk menyertainya. Saya khabarkan berita ini kepada rakan-rakan sebaya tetapi respon yang diterima hanya "ooo.. xpela.. ko join la.. ak support dari belakang je". hurm..

Disebabkan minat yang terlalu mendalam dalam bidang perniagaan ini, saya mendaftarkan diri juga tanpa penyertaan rakan-rakan baik yang lain. Ketika dipaanggil untuk perjumpaan sulung persatuan, saya melihat rupanya masih ramai juga yang mempunyai minat seperti saya. Kami dibahagi kepada 5 kumpulan. Didalam perjumpaan pertama itu kami diminta untuk memilih bidang perniagaan yang ingin dijalankan. Kumpulan kami memilih konsep mini Cafe sebagai perniagaan utama. Saya telah dilantik menjadi CEO bagi syarikat kami yang didaftarkan di bawah nama Green Apple Sdn Bhd. Modal permulaan kami adalah sebanyak RM1000.00 iaitu RM100 untuk setiap rakan kongsi.

Berniaga dan dalam masa yang sama sebagai pelajar memang mencabar kesabaran. Ini kerana, kami yang bertanggungjawab untuk menguruskan perniagaan. Tidak dibenarkan untuk menggaji orang luar untuk menjaga kedai. So, setiap rakan kongsi akan bergilir-gilir menjaga kedai jika pada masa itu mempunyai gaps kuliah. Sebagai pengurus syarikat, saya perlu memastikan segala bahan mentah dan juga produk yang ingin dijual tiba di kampus sebelum pukul 7.30 pagi. Oleh itu, saya mesti korbankan masa saya dan seawal pukul 5.30 pagi saya telah bersiap menunggu supplier manghantar barang dirumah. Saya juga rasa terharu terhadap semangat yang ditunjukkan oleh keluarga saya. Tanpa sokongan mereka, mungkin saya sudah berputus asa. Kerana tekanan pelajaran dan juga kekurangan masa untuk mengulangkaji pelajaran yang dihadapi. Semangat yang diberikan oleh keluarga membuatkan saya semakin kuat untuk meneruskan perniagaan ini. Kata orang "jangan berhenti ditengah jalan".

Bagi saya, rancangan perniagaan yang kuat dan bagus akan menentukan hala tuju sesuatu perniagaan itu. Alhamdulillah, kerana mempunyai rakan-rakan kongsi yang memahami dan mengambil berat tugas masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab. Kerana itu, segala rancangan perniagaan yang dirancang berjalan mengikut draft yang ditetapkan. 

Apa yang membanggakan kami semua adalah kami berjaya graduate dalam masa yang ditetapkan serta perniagaan kami juga membuahkan hasil yang tidak kami duga. Setelah akaun diaudit, jumlah akhir tunai kami bagi semester akhir perniagaan telah mencecah RM20k. bagi saya "Kesabaran membuahkan kegembiraan, ketekunan membuahkan kejayaan".

Pada entry akan datang, saya akan kongsikan resepi Waffle (produk paling laris) kami pada anda semua yang minat berniaga.. tungguuuu..... :)

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam..peluang dibuka untuk student menambahkan pendapatan dengan menjadi agen jualan Perfume Al Habib roll on..hrga mampu milik..maklumat lanjut mohon hubungi/whats app sy 019-6312240(zam)

    ReplyDelete
  3. Salam..peluang dibuka untuk student menambahkan pendapatan dengan menjadi agen jualan Perfume Al Habib roll on..hrga mampu milik..maklumat lanjut mohon hubungi/whats app sy 019-6312240(zam)

    ReplyDelete
  4. Salam..peluang dibuka untuk student menambahkan pendapatan dengan menjadi agen jualan Perfume Al Habib roll on..hrga mampu milik..maklumat lanjut mohon hubungi/whats app sy 019-6312240(zam)

    ReplyDelete