Wednesday, September 5, 2012

CB Industrial Product Holdings Bhd


CB Industrial Product Holdings Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengeluar dan memasarkan peralatan  dan produk berkaitan dengan minyak sawit. Syarikat ini juga terlibat dalam mereka bentuk, pembuatan, perolehan, bekalan, pembinaan dan pentauliahan kilang minyak sawit. Dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam industri ini, syarikat ini kini menjadi kontraktor sepenuhnya untuk kilang minyak sawit. Ia mempunyai kapasiti untuk membina kira-kira 14 kilang setahun. Di samping itu, syarikat juga terlibat dalam perladangan kelapa sawit dan pengubah suaian kenderaan bagi tujuan khas seperti ambulans dan jentera bomba.

Keluar dari operasi perladangan Malaysia. 

CBIP terlibat dengan perladangan kelapa sawit semenjak tahun 2004 dengan mendapatkan 14,500 hektar tanah di Sarawak. Disebabkan susah untuk mendapatkan tanah di Malaysia bagi tujuan perladangan, syarikat mengambil keputusan untuk keluar dari pasaran Malaysia dan menumpukan perniagaan mereka di Indonesia. Pada Mei 2012, Syarikat menjual operasi perladangannya di Sarawak dengan harga RM268.1M dan dalam masa yang sama syarikat membeli dua anak syarikat iaitu PT Jaya Jadi Utama dan PT Berkala Maju Bersama iaitu syarikat dari Indonesia dimana kedua-dua syarikat ini mempunyai lebih 29,000 hektar tanah perladangan di Kalimantan. Pada Ogos lepas, CBIP memohon untuk memperoleh 94% pegangan di dalam syarikat PT Gumas Alam Subur (PT GAS) dengan harga RM6.30m.

Gambarajah dibawah menunjukkan tanah perladangan yang terdapat di Kalimantan termasuk dua anak syarikat yang baru diperoleh iaitu PT BMB dan PT JJU. Setelah selesai pengambilalihan, syarikat ini akan memiliki lebih 51,000 hektar tanah pertanian. 


Pengumuman Dividend kepada pemegang saham.

Pada 27 Ogos lepas, Syarikat telah mengumumkan pemberian dividend sebanyak RM0.10 sesaham kepada pemegang saham syarikat dengan syarat pelabur mempunyai pegangan saham syarikat sebelum 10/9/2012 dan kelayakan untuk mendapat dividend adalah pada pukul 5, 12/9/2012. Dan pembayaran dividend akan didepositkan terus ke dalam akaun pemegang saham pada 28/9/2012.

Penilaian & Saranan

Beli dengan sasaran harga RM3.28. Selepas pelupusan operasi perladangan minyak sawit di Sarawak, syarikat akan memperolehi sumbangan minimum daripada segmen perladangan sehingga 2015. Sebagai salah satu pemacu utama dalam perniagaan pembinaan kilang minyak sawit, kami menjangkakan perniagaan terasnya akan terus meningkat baik, disokong oleh perolehan kontrak yang semakin meningkat, pelanggan baru yang berpotensi dari Indonesia dan Papua New Guinea, serta hubungan perniagaan jangka panjang dengan syarikat berpotensi seperti Felda, Tradewinds Plantations dan lain-lain pemilik ladang swasta.

Sumber: OSK Retail Research

P/s: Untuk memperoleh analisis syarikat yang lengkap, sila lawati website OSK Investment Bank Berhad.