Wednesday, May 16, 2012

Resepi Waffle

Seperti yang dijanjikan pada post yang lepas, di entry kali ini saya ingin kongsikan resepi waffle saya kepada anda semua.

Selamat mencuba. :)

 Bahan A:


1. 500g Tepung gandum (Blue key)
2. 200g Tepung susu
3. 120g Tepung jagung
4.   90g Tepung beras
* campurkan kesemua bahan A didalam satu bekas.

Bahan B:


1. 100g Buttercup
2.   10g Baking powder
3.   60g Gula kasar
4. 3 sudu teh garam kasar
5. 4 biji kuning telur
6. 2 biji putih telur (pukul sehingga jadi buih)
7. 2 sudu teh asin vanila.
8. 900 ml - 1.2 L Air sejuk (ikut kepekatan)

Cara-cara penyediaan:


Pukul buttercup sehingga kembang, kemudian masukkan kuning telur, gula dan garam. Pukul sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit bahan A beserta air sejuk. Masukkan baking powder dam asin vanilla. Pukul sehingga sebati. Last sekali, masukkan buih putih telur dan pukul dalam 5 minit lagi.


Panaskan waffle baker pada suhu 250 darjah, Sapukan sedikit planta pada iron. Setelah lampu padam, tuangkan adunan sehingga menutupi permukaan waffle iron. Tutup dan masak selama 3 minit.

Hidangkan bersama topping kegemaran anda..


19 comments:

  1. salam. Wahh pasti sedap nih..terima kasih atas perkongsian resipi ni!!

    ReplyDelete
  2. Wah. Nice share bro. Tgh bajet modal nak bukak kedai waffle. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. sy doakan moga2 cita-cita bro tercapai.. jgn lupa blanja waffle nanti ya.. hahaha

      Delete
  3. Salam en aril.. Tepung susu jenama apa yg bagus n sedap...

    DonMonaVie.

    ReplyDelete
  4. Salam, resepi ini untuk berapa orang makan yer?

    Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  5. salam ... sy bercadang nak wat perniagaan ini ....barapa harga masa ni dan jenama apa yg baik ..

    ReplyDelete
  6. terima kasih en. aril..mmg mencari2 resepi waffle ni..

    ReplyDelete