Monday, May 28, 2012

IPO Gas Malaysia Berhad



Gas Malaysia Berhad merupakan salah satu diantara dua syarikat di Malaysia yang diberikan lesen untuk mengedar gas asli dan gas cecair petroleum (LPG) di semenanjung Malaysia. Antara aktiviti utama syarikat adalah menjual,memasar dan mengedarkan gas asli kepada pengguna. Untuk meluaskan lagi perniagaan mereka, pihak pengurusan telah menyenaraikan syarikat ini di pasaran utama Bursa Malaysia. Dijangka tarikh pengapungan saham ini adalah pada 11 Jun nanti. Dengan harga IPO  yang ditawarkan, iaitu RM2.20 sesaham, modal pasaran syarikat akan bertambah kepada RM2.82bn. 

Pada bulan Febuari lepas, GMB telah menandatangani kontrak kerjasama dengan Petronas. Di dalam kontrak tersebut, Petronas bersetuju untuk menambah bekalan gas kepada GMB dari 328juta kaki padu sehari kepada 442 juta kaki padu sehari pada tahun 2013 dan 492 juta kaki padu pada tahun 2015 dan keatas. Kontrak baru ini dilihat memberi kelebihan kepada GMB untuk memperluaskan lagi pasaran mereka. Didalam perjanjian baru ini juga GMB dan Petronas bersetuju bahawa pelanggan yang menggunakan gas 2 kaki padu kebawah akan dberikan kepada GMB manakala pelanggan seperti TNB yang menggunakan lebih dari 2 kaki padu akan diambil oleh Petronas Gas.


Gas Malaysia's shareholding structure Post-IPO



Pendapatan dari penjualan dan pengedaran untuk Gas Malaysia Berhad dijangka akan meningkat bagi setiap tahun hasil dari perjanjian yang ditandatangani bersama Petronas. Pertambahan bekalan gas mentah akan membuka peluang kepada GMB untuk  meluaskan lagi pasaran mereka. Selain itu, permintaan terhadap gas juga meningkat hasil daripada langkah kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dengan memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Dibawah program ini, banyak projek-projek mega akan dibangunkan. Secara tidak langsung ia akan menyumbang kepada permintaan gas yang berterusan sebagai alternatif untuk menjana sumber tenaga. 

 

1 comment:

  1. tuan apakan beza MMBTU dengan kaki padu yang petrinas jual pada gas malaysia?

    ReplyDelete