Wednesday, May 16, 2012

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melabur Di Bursa Saham (Part 2)

Ok. Di entry lepas kita telah kenal pasti risiko yang kita sanggup hadapi dan juga telah memilih stockbroking ataupun investment bank sebagai platform untuk kita memulakan pelaburan di BSKL. Untuk entry kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua tips-tips pelaburan dari seorang pelabur yang juga merupakan top 5 individu terkaya didunia iaitu "Warren Buffet".


Melabur Cara Warren Buffet


Warren Buffet berpegang dengan 2 rules sahaja untuk menjadikan dia sebagai tokoh pelabur terkemuka.

Rule #1: Never lose money. Rule No.2: Never forget rule No.1.'Value investing

Menurut warren, perkara basic yang perlu pelabur tahu adalah masa yang sesuai untuk membeli syer, iaitu ketika harga syer rendah dari harga sebenar (Fair Value). 

Oleh itu, beliau menggariskan beberapa panduan yang beliau ikuti. Antaranya:


1. Kekuatan Keuntungan Syarikat


Jika perniagaan berjaya, syer juga akan menunjukkan tanda positif. Untuk menganalisis kewangan syarikat, Buffet melihat pada ROE dan juga ROI syarikat. Untuk ROE, Buffet akan memilih syarikat yang mempunyai peratus lebih daripada 15%. Selain itu beliau juga melihat pada margin keuntungan syarikat. Semakin bagus peratusan ratio semakin bagus prestasi syarikat.


2. Tidak Terlalu Banyak Berhutang

Untuk mengembangkan perniagaan, perlukan banyak modal pusingan. Tetapi jika terlalu banyak hutang akan mengakibatkan syarikat kurang liquidity nya. Untuk itu, Buffet menggunakan ROI untuk mengukur tahap kebergantungan hutang syarikat untuk memajukan perniagaan mereka.

3. Memahami Perniagaan Syarikat

Kebanyakan risiko bermula kerana pelabur tidak tahu latar belakang syarikat serta perniagaan yang syarikat jalankan. Mereka labur secara membuta tuli, kerana terikut nasihat dealer/remiser masing-masing ataupun pengaruh kawan-kawan. Perkara ini sangat penting untuk diambil kira, kerana sebelum melabur kita kena tahu kedudukan syarikat serta potensi sebenar syarikat. Jika perkara ini di abaikan, tidak mustahil anda akan tersalah memilih syer seperti syarikat mempunyai masalah kewangan, direman oleh pihak Bursa Malaysia ataupun syarikat mungkit dikeluarkan dari senarai BSKL.

4. Kekuatan Pengurusan Syarikat

Buffet menitik beratkan kumpulan yang menguruskan syarikat. Kumpulan ini penting kerana meereka yang akan mencorakkan perjalanan syarikat sepanjang tahun. Pengurusan syarikat yang effisen akan memastikan perjalanan syarikat lancar dan segala apa yang dirancang akan berjalan mengikut time frame yang disediakan.

5. Melabur Dalam Tempoh Panjang

Salah satu teknik Buffet adalah memegang saham untuk tempoh yang panjang. Kebiasaannya Buffet akan memegang sesuatu saham dalam tempoh 5 tahun dan keatas. Buffet akan membeli saham ketika harga jatuh ( ketika recession  time) dan menjualnya ketika saham tersebut melambung naik.

No comments:

Post a Comment