Monday, May 28, 2012

Apa Itu CDS Akaun?


Seringkali kita dengar bila nak mula melabur pertama sekali yang orang akan cakap "dah buka akaun cds ke?". Ok.. Disini saya nak kongsikan sedikit pengetahuan saya dengan anda semua berkaitan CDS akaun. Apa itu CDS Akaun? Nama penuh CDS akaun adalah Central Depository System. Fungsi CDS akaun ini sama macam kita buka akaun simpanan. Segala transaksi jual beli saham akan direkodkan dan disimpan di dalam akaun ini. 


Siapa Yang Layak Untuk Buka Akaun CDS.

a. Individu yang berumur 18 tahun keatas dari tarikh permohonan.

b. Syarikat yang terkandung dibawah Akta Syarikat 1965.

c. Mana-mana badan korporat yang diperbadankan di dalam Malaysia.

d. Persatuan koperasi dibawah mana-mana undang-undang bertulis.

e. Mana-mana persatuan yang ditubuhkan dibawah Akta Persatuan 1996.

f. Badan-badan berkanun yang diperbadankan dibawah Akta Parlimen


Dimana Nak Buka Akaun CDS?
Anda boleh buka CDS akaun dengan mana-mana agen yang berdaftar. Buat masa sekarang, kesemua stockbroking firm dan investment bank adalah agen yang berdaftar dengan Bursa Malaysia. Anda boleh buka lebih dari satu CDS akaun, tetapi mestilah dari lain-lain stockbroking. Sebagai contoh, anda boleh buka CDS bersama OSK Investment Bank dan Maybank Investment Bank pada masa yang sama. Tapi anda tidak digalakkan untuk membuka terlalu banyak CDS akaun kerana dikhuatiri anda akan keliru dalam urusan jual beli saham di kemudian hari.


Apa Yang Anda Perlukan Untuk Buka CDS Akaun?

Anda cuma perlu pergi ke stockbroking firm atau investment bank yang berdaftar, Sila klik sini untuk senarai Investment Bank di Malaysia. Disamping itu anda dikehendaki juga membawa:

a. RM10 sebagai yuran pembukaan akaun.

b. Satu salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)

c. Satu salinan bank statement.


Contoh Borang Permohonan


p/s: Jika anda berminat untuk membuka CDS akaun dan masih belum mempunyai dealer / remisier yang dapat membantu, anda boleh hubungi saya untuk urusan tersebut. Anda boleh datang terus ke pejabat saya atau buat temujanji dengan saya pada bila-bila masa.

12 comments:

  1. en sharil base di mana

    ReplyDelete
  2. Pejabat saya di Rawang, jika saudara/i berada di kwsn lembah klang saya boleh dtg berjumpa. TQ.

    ReplyDelete
  3. Saya berada di sunway.. boleh ke saudara/i bantu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh,jika cik free boleh jumpa saya di area shah alam.

      Delete
  4. Salam.sy nk bli shm mlalui maybnk2u..ada compny yg akn ke ipo..tp sy msih xde akaun cds..bole ke wat acc cds dgn bank yg lain..?sbb sy nk wat pmbelian share mlalui mybnk2u.

    ReplyDelete
  5. Assalam shahril...saya adura...berminat nak bukak akaun cds..saya newbie dalam bidang nie..awk dealer osk investmant yea?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Saya dealer di osk (kini rhb ib). Boleh jumpa saya di office untuk urusan pembukaan acc cds. Msg sy utk keterangan lanjut.

      Delete
  6. salam tuan shahril, bagaimana saya nak buka akaun cds dengan tuan saya area puchong

    ReplyDelete
  7. Salam tuan..kt mne pejabat tuan.bole saya jumpa tuan utk berbincang dgn saham ini.saya nii bru sahaja ade minat dlm pelaburan ini.saya harap tuan balas msj ini.ini no. Saya 0137537938

    ReplyDelete
  8. Salam. Tuan boleh tolong ajarkan cara utk buka akaun cds & seterusnya cara2 kaedah membuat pelaburan dgn sykt yg berpontensi tinggi. Tq.

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas info ini..sgt berguna utk saya.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete