Monday, July 2, 2012

Saham IHH Healthcare Bhd


Ramai pelabur masih tertanya-tanya bila tarikh jangkaan IPO ini akan diterbitkan, daripada sumber terdekat dan juga pendedahan prospectus awal dari Seruhanjaya Sekuriti, dijangka saham ini akan mula ditawarkan kepada orang ramai pada 4 Julai ini dan akan ditutup pada 11 Julai. Manakala untuk urusan cabutan undi (balloting) pula akan dilakukan pada 13 Julai nanti.

Saham IPO ini akan menjadi saham kedua terbesar di Malaysia selepas Felda Global Ventures (FGV), dan turut akan disenaraikan di Singapura. Antara pelabur-pelabur besar yang berminat dengan saham IPO ini adalah dari unit pelaburan milik kumpulan Bank Dunia, iaitu International Finance Corp (IFC), Pengurus dana pelabur terbesar dunia iaitu Kuwait Investment Authority (KIA), dan juga Eastspring Investments (Singapore) Ltd, anak syarikat milik penuh Prudential PLC yang berpangkalan di United Kingdom.

Antara anak syarikat IHH adalah  seperti Parkway Holdings Ltd, Pantai Holdings Bhd, IMU Health Sdn Bhd, Apollo Hospitals Enterprise Ltd dan Acibadem Saglik Yagtirimlari Holdings AS (ASYH).


Kepada pelabur-pelabur yang berminat, pastikan anda tidak terlepas tarikh permohonan. Dan cara permohonan adalah melalui perbankkan internet seperti maybank2u, Cimbclick dan juga RHB online. Ataupun permohonan secara manual iaitu dengan mengisi white form yang boleh didapati di bank-bank yang terlibat. Pastikan anda telah mempunyai akaun CDS dan masih aktif. 

No comments:

Post a Comment