Monday, April 8, 2013

Sona Petroleum Berhad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama rasanya tak update blog ni. Masa terasa terlalu sedikit sebab terlalu banyak benda nak dibuat dalam satu masa. Apa-apa pun dalam keadaan pasaran tak menentu dan demam pilihan raya yang semakin memuncak ni, pasaran saham kita masih lagi rancak dan ramai pelabur yang menunggu masa ini untuk membeli saham-saham yang bermutu pada harga diskaun. Bukan pasaraya sahaja ada buat jualan "sales", stock market pon ada.. hehehe

Untuk kali ini, ada satu IPO yang telah dibuka untuk tawaran pelabur bumiputera, iaitu Sona Petroleum Berhad. Maklumat pemohonan boleh didapati di website MiTi. Klik sini

Maklumat Langganan Saham Miti



a) Jumlah Saham Khas : 176,340,000 unit

b) Harga Par : RM 0.01 seunit

c) Harga Tawaran : Akan dimaklumkan kemudian

d) Aktiviti Utama

Syarikat :

- Sona Petroleum adalah sebuah syarikat pemerolehan kegunaan khas

e) Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama

f) Bank Penasihat :

- CIMB Investment Bank Berhad

- OSK Investment Bank Berhad

- RHB Investment Bank Berhad

g) Pegawai Untuk

Dihubungi :

CIMB Investment Bank Berhad :

Client Service Management

(+603-2084 6440) – ipocentre@cimb.com

RHB Investment Bank Berhad /

OSK Investment Bank Berhad :

MITI Call Centre Service

(+603 2071 9001) – ipomiti@rhbinvestmentbank.com

h) Tarikh Tutup

Penghantaran Borang Pendaftaran Minat Untuk Melanggan Saham bagi Individu, Syarikat, Koperasi &  Yayasan bersama dengan dokumen-dokumen berkaitan pada 16 April 2013 (Selasa) jam 5.00 petang. 

Kepada yang berminat untuk memohon dan pelabur yang masih belum mempunyai CDS bolehlah hubungi saya untuk khidmat permohonan di MITI.

1 comment:

  1. tarikh akhir untuk permohonan saham ini telah dilanjutkan kepada 30hb April 2013.

    ReplyDelete